15.7.14

Nuzul al-Quran yang perlu dihayati

 

Dengan kefahaman saya yang cetek ini saya nukilkan tentang Nuzul al-Quran yang disambut pada setiap 17 Ramadan. Melalui rujukan beberapa maklumat dari laman web Islam bahawa Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).

.‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.


Untuk mendapat kefahaman yang ringkas tentang peristiwa penting bagi umat Islam perlulah kita menuntut ilmu dalam pelbagai sumber samada semasa kita melayari internet dalam bulan yang mulia ini supaya perbuatan kita meperolehi pahala dari Allah SWT dan yang lebih baik ialah menuntut ilmu secara bertalaqqi dengan ustaz-ustaz yang sudah tentu menjadi kefarduan bagi muslimin dan muslimat.


Hayati semangat Nuzul al-Quran
14 Julai 2014



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeruseluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati semangat Nuzul al-Quran serta bersatu dalam menegakkan agenda ummah.

Perdana Menteri dalam perutusan Nuzul Al-Quran yang akan disambut esok turut mengajak umat Islam berstrategi dengan matang dan berhikmah agar tanggungjawab menjaga agama Islam di bumi bertuah ini dilaksana dengan sempurna.

"Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT, yang mana hanya dengan izinNya, kita masih lagi dapat bersama dengan rahmat Ramadan al-Mubarak, seterusnya pada tarikh 17 Ramadan ini, kita dapat meraikan peristiwa agung Nuzul al-Quran.

"Saya mendoakan agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada Ramadan yang mulia ini, ALLAH SWT menyatukan hati kita semua. Mudah mudahan segalaamalan kita diterima oleh Allah SWT jua," kata Najib dalam laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata Nuzul al-Quran yang merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan telah mengubah dan membina peradaban ummah.

Najib berkata, al-Quran bukan sahaja dipaparkan indah kaligrafinya, dialunkan dengan merdu lenggok bacaannya, malah merupakan satu mukjizat yang terus kekal mendampingi umat Islam untuk diambil petunjuk dan hidayahnya yang terus relevan sepanjang zaman.

"Sudah tentu Nuzul al-Quran bukan sekadar satu nostalgia sirah buat kita semua, bahkan penurunan al-Quran ini merupakan satu titik mula transformasi insani daripada kegelapan jahiliah kepada indahnya sinar cahaya Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata, al-Quran sememangnya adalah panduan abadi lagi hakiki buat insan sebagaimana yang ditegaskan oleh ALLAH melalui ayat dua surah al-Baqarah: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada ALLAH dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa."

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan progresif, sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan dan kemakmuran pada tahap yang terbaik, tanpa mengabaikan didikan kerohanian sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran.

"Kita amat percaya bahawa hanya dengan mempunyai warga yang mampu berdaya saing dan berkualiti, barulah impian kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan," katanya. - Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...