11.8.14

Neelofa tinggalkan Meletop?


Gambar dari UTUSAN Online

UTUSAN Online memuatkan kisah artis yang baru berhijrah, Neelofa yang dikatakan bahawa dia bakal meninggalkan program MeleTOP sebaik sahaja musim ini berakhir.

Agak mengejutkan juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dia mahu mengundurkan diri.

Menurut sumber ini lagi khabarnya Neelofa merasakan dirinya kurang sesuai lagi untuk mengendalikan rancangan hiburan apatah melibatkan cerita gosip dan sebagainya.

Jika benar Neelofa mengundurkan diri mungkin Nabil juga akan terkena tempias. Tak mustahil untuk mereka menggantikan tempat Nabil dengan orang lain juga.

Gandingan Neelofa dan Nabil memang cukup sesuai dan sepadan. Lagi pun peminat memang suka dengan mereka.

Lagi satu rancangan MeleTOP pun bukannya memaparkan rancangan gosip yang melampau, rasanya kalau Neelofa terus mengendalikan rancangan ini pun tak mengapa.

Khabarnya lagi ada nama yang sudah dipilih oleh pihak produksi jika gandingan Neelofa-Nabil digugurkan. Siapakah orangnya?

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...