7.8.14

Penyiasatan nahas MH17 telah mencapai 50 peratus


Siasatan MH17 sudah capai tahap 50 peratus, kata Zahid Hamidi
Gambar dari Astro Awani
Astro Awani Online menyiarkan berita tentang siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sehingga kini sudah mencapai tahap 50 peratus berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di kawasan insiden serta keterangan saksi sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain barangan peribadi, pasukan penyiasat antarabangsa telah pun menemui kokpit pesawat di kawasan ladang penternakan ayam berdekatan lokasi nahas.

Selanjutnya Datuk Seri memberitahu bahawa siasatan awal mendapati terdapat kesan tembakan pada kokpit berkenaan namun pasukan penyiasatan antarabangsa mungkin mengambil masa tiga minggu lagi untuk mengeluarkan serpihan pesawat itu dari lokasi kejadian.

Hasil siasatan masih belum menemui baki mayat mangsa, oleh itu siasatan diperluaskan di kawasan tasik berdekatan lokasi nahas bagi mencari mayat mangsa yang belum ditemui.

Pasukan penyelam terdiri daripada sepuluh orang dari negara Belanda, Australia dan Malaysia akan menjalankan operasi di tasik berkenaan yang bermula pada pukul 7.30 pagi tadi waktu tempatan, namun belum menemui sebarang bukti mahupun mayat mangsa.

Setakat ini, 62 lagi mayat mangsa belum ditemui sejak pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.

Ahmad Zahid berkata pasukan penyiasat antarabangsa hanya diberikan masa sejam setengah untuk berada di lokasi nahas dan zon siasatan telah diperluaskan daripada empat zon kepada enam zon.

Kenyataannya lagi tentang Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah cuba memasuki lokasi nahas tetapi cuma dibenarkan berada sejam setengah dan berada di dalam lingkungan 20 kilometer sahaja.
Sehingga kini terdapat 87 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Soledar, Ukraine bagi meneruskan misi sisatan.

Mengenai sama ada jenazah akan dibawa pulang secara berperingkat atau serentak, beliau menjelaskan perkara itu bergantung kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Sebanyak 43 warganegara Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang tersebut.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...