11.10.14

PM umum pembinaan pondok moden

Gambar contoh pondok moden (imej dari Google)

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

TUMPAT 11 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan meluluskan peruntukan untuk membina pondok moden bagi mengantikan pondok sedia ada di Kampung Simpangan, di sini.

Beliau berkata, pembinaan pondok baharu di kawasan yang lebih luas itu kelak diharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar di situ untuk mempelajari ilmu agama.

"Pengumuman ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk berjuang atas landasan agama, bangsa dan negara," katanya selepas menunaikan solat Asar di Masjid Simpangan, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke Pondok Simpangan yang diasaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Beliau berkata demikian dalam majlis Pemimpin Bersama Masyarakat - Kunjungan Mesra di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Hadir sama, Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab Aziz dan Mat Razi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_28/PM-umum-pembinaan-pondok-moden#ixzz3Fpv49TG7
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...