10.9.15

11 direman, 20 dicari


Sebahagian 11 penyokong bola sepak Harimau Malaya yang direman tiga hari kerana mencetuskan kekecohan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

SHAH ALAM – Polis memberkas 11 penyokong Harimau Malaya yang disyaki terlibat mencetuskan kekecohan sehingga perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam di sini malam kelmarin terpaksa dihentikan.

Kesemua peminat bola sepak lelaki itu ditahan sebaik perlawanan dihentikan pada minit ke-88 iaitu kira-kira pukul 11 malam. Mereka yang berusia 19 hingga 36 tahun direman tiga hari sehingga 11 September ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada kelompok penyokong bola sepak kebangsaan Ultras Malaya. Kumpulan lelaki itu disyaki berada dalam kalangan kira-kira 200 hingga 300 peminat bola sepak Malaysia yang telah merancang untuk melakukan kekecohan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua daripada yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Bagaimanapun, ujian air kencing ke atas kesemua lelaki yang ditahan itu mendapati mereka negatif dadah.

Menurut beliau, polis turut merampas beberapa barangan iaitu telefon bimbit, topeng muka, kerusi, mercun, suar dan bom asap daripada suspek-suspek yang ditahan.

“Semakan ke atas telefon bimbit yang dirampas mendapati kumpulan pencetus kekecohan itu berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan telefon bimbit dalam stadium sebelum bertindak me­lakukan kekecohan itu,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3lKOldyty

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...