23.9.15

Cadangan Khir jadi doktor gigi tak pernah berlaku



Hafiz Yatim Hari ini, 3:57 pm Hari ini, 4:23 pm

Cadangan supaya bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk menggantikan hukuman penjara terhadapnya dengan program khidmat masyarakat tidak pernah berlaku sebelum ini.

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata khidmat masyarakat biasanya untuk pesalah bawah umur 21 tahun, berdasarkan Kanun Acara Jenayah.


“Saya sedar mungkin subjudis untuk diulas, tetapi berdasarkan undang-undang sedia ada, ia kelihatan di luar kebiasaan daripada hukuman penjara atau denda,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Katanya, perkara itu mungkin bergantung kepada proses migitasi, tetapi kebiasaannya dalam kes rasuah, sebelum ini termasuk hukuman penjara.

Baljit yang juga anggota jawatankuasa undang-undang jenayah Majlis Peguam berkata terpulang kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan perkara itu, selepas mengambil kira alasan dalam migitasi.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semalam berkata Khir sedia menawarkan khidmat komuniti dengan memberi rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Tawaran itu dibuat Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan padanya.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Beliau mempunyai rumah mewah gaya Bali di Seksyen 7 Shah Alam yang dirampas oleh pihak berkuasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana rasuah.

[Baca berita asal]

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...