17.9.15

Jerebu: Jakim anjur solat hajat


17/09/2015 6:34pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat selepas Solat Jumaat esok bagi memohon supaya masalah jerebu yang kini melanda negara selesai dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, solat hajat tersebut akan diadakan di masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta semua masjid dan surau Jumaat di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau turut memohon kerjasama dan jasa baik pihak majlis agama Islam negeri (MAIN) dan jabatan agama Islam negeri (JAIN) di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat yang sama esok.

"Kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar masalah jerebu akan selesai dalam tempoh terdekat ini dan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz3lzr5HQC3

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...