16.9.15

Kenapa nak tambah lagi, sekarang pun dah ramai!


Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika ditemuramah wartawan Sinar Online di pejabat Sinar Harian, Shah Alam. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
28 JUN 2015

SHAH ALAM - "Tidak wajar sebenarnya. Dalam negara ini pun sudah lebih jutaan warga asing, ini hendak tambah, lagi kacaulah!".

Demikian rungutan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, ketika ditanya berkenaan cadangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Menurutnya Malaysia akan menerima impak lebih negatif dek kebanjiran warga asing ini pada suatu hari nanti.

"... kita khuatir lama-kelamaan penduduk Malaysia ini besok sudah berkecamuk, " katanya kepada Sinar Harian Online.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

Dalam penjelasannya semalam, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya sedang mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini dan menghantar mereka pulang sebelum membawa 1.5 juta pekerja itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri jawab isu bawa 1.5j Bangladesh]

Mengulas lanjut, Abdul Rani atau dikenali dengan panggilan Ayah Arka berkata, beliau bercadang untuk menghantar memorandum sebagai tanda bantahan dan turut membuat laporan polis berkenaan isu tersebut.

"Kita tidak puas hati lama dah isu ini, kerajaan tidak betul-betul serius menangani isu ini (pendatang asing tanpa izin), tetapi hendak menambah kemasukan mereka pula.

"Jadi Kita bercadang akan buat bantahan dalam masa terdekat," ujarnya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...