Iklan Nuff

18.9.15

Ketua Menteri isytihar Pulau Pinang kawasan jangkitan penyakit anjing gila


17/09/2015 5:06pm

GEORGE TOWN - Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.

Kes anjing gila atau 'rabies' mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 Sept lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 Sept lepas di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz3lztNI1Li 

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...