17.9.15

Lebih 1,000 penduduk Changlun terjejas banjir

Gambar dari Google

17/09/2015 1:27pm

CHANGLUN - Lebih 1,000 penduduk di lapan kawasan di sini terjejas selepas rumah mereka dinaiki air bermula pukul 4 pagi tadi.

Lapan kawasan yang terlibat adalah Pekan Changlun, Taman Rasa Sayang, Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Cheruk, Kampung Padang Pasir, Kampung Rantau dan Kampung Sungai Petani.

Kejadian banjir itu berlaku akibat daripada limpahan Sungai Changlun berikutan hujan berterusan sejak pagi semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar memberitahu, sebanyak kira-kira 600 buah rumah terlibat dalam kejadian banjir tersebut.

"Pusat pemindahan akan dibuka sekiranya keadaan banjir bertambah buruk," katanya ketika ditemui di Pekan Changlun di sini hari ini. K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz3lyhJsP9Q

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...