10.9.15

Muhyiddin, Shafie tidak dipecat


Najib bersalaman dengan Muhyiddin sambil diperhatikan oleh Shafie, Hishammuddin dan Shahrizat pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC semalam.

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR – Spekulasi yang tersebar di media sosial sejak minggu lalu kononnya Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat petang semalam akan memecat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu ternyata meleset.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam menegaskan, desas-desus tersebut adalah tidak benar.

Katanya, Muhyiddin kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Najib turut memaklumkan Mesyuarat MT UMNO itu berlangsung dalam suasana baik dan penuh semangat setiakawan de­ngan setiap ahli mesyuarat me­nyatakan kesetiaan kepada UMNO.

Katanya, semua ahli MT akan berjuang memastikan kejayaan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3lKPRu0D5

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...