17.9.15

Sekolah di Kuching dan Samarahan diarah tutup esok.

Gambar hiasan dari Google

17/09/2015 7:48pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Kuching dan Samarahan, Sarawak ditutup esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu masih berada pada tahap bacaan tidak sihat.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, sehingga pukul 4 petang semalam, bacaan IPU di Kuching dan Samarahan tidak berubah dengan masing-masing berada pada bacaan 192 dan 199.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah di kedua-dua lokasi itu diminta memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa dan penjaga berhubung arahan penutupan tersebut.

"Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah di negeri itu diminta untuk terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa.

"Mereka perlu mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," katanya di sini sebentar tadi.

Penutupan itu melibatkan sebanyak 463 buah sekolah dan 184,808 orang pelajar. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm#ixzz3lzqSZBNo

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...