7.9.15

Tengku Abdullah umum akan letak jawatan Presiden FAM


TENGKU ABDULLAH: Jadi tak perlu buang masa, kita teruskan, kalau boleh diadakan post-mortem dan buat persiapan secepat-cepatnya bermula sekarang. -Gambar fail

Astro Awani |  September 07, 2015

KUANTAN: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) secara berperingkat.

Baginda bertitah, keputusan itu diambil susulan kekalahan memalukan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lalu.

Titah Baginda, jawatan itu akan diserahkan kepada individu yang layak supaya imej skuad Harimau Malaya dapat dipulihkan semula.

Justeru, Baginda mahu FAM membentuk semula skuad Harimau Malaya secepat mungkin, termasuk dari segi penukaran pemain baru dan jurulatih demi masa depan bola sepak negara.

"Saya minta FAM melantik Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai Pemangku Presiden untuk memantau skuad bola sepak negara bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2023.

"Buat masa ini, saya masih layak memegang jawatan Presiden secara merit sehingga 2018 dan selepas itu saya akan lepaskan jawatan yang saya pegang," katanya.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perkhidmatan Kardiototorasik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebentar tadi.

Selain itu, titah Baginda, persiapan bagi menghadapi Asean Cup 2019, perlu bermula dari sekarang agar kekalahan memalukan itu tidak berulang lagi

“Jadi tak perlu buang masa, kita teruskan, kalau boleh diadakan post-mortem dan buat persiapan secepat-cepatnya bermula sekarang,” titah Baginda.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...