17.9.15

UPP bakal dinaik taraf kepada Agensi Keselamatan Sempadan


17/09/2015 5:29pm

JITRA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bakal di naik taraf menjadi sebuah jabatan dengan nama baharu Agensi Keselamatan Sempadan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kertas dasar bagi cadangan itu telah disediakan dan akan dibentangkan di hadapan Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

"Sebaik semua proses itu selesai UPP akan dikenali sebagai entiti baharu iaitu Agensi Keselamatan Sempadan.

"Diharapkan kewujudan agensi ini nanti bersama agensi penguatkuasaan yang lain aktiviti jenayah di kawasan sempadan dapat dikurangkan,"katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan di Universiti Utara Malaysia di sini hari ini. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3lzs5xgeJ

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...