14.10.15

Belanja tol cecah RM330 sebulan


SEHINGGA semalam sebanyak 18 buah lebuh raya menaikkan kadar tol dengan 16 daripadanya di sekitar Lembah Klang.

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan SITI AMINAH MOHD. YUSOF

KUALA LUMPUR – Penduduk di Lembah Klang terutamanya yang menggunakan kereta sendiri terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan antara RM20 hingga RM70 sebulan untuk berulang alik ke tempat kerja berikutan pengumuman kenaikan kadar tol di 18 buah lebuh raya setakat semalam.

Seorang pekerja swasta, Nurul Nadiah Jaafar, 27, berkata, dia terpaksa menyediakan wang tambahan hampir RM70 sebulan kerana perbelanjaan tolnya naik daripada RM264 kepada RM330 selepas ini untuk berulang alik dari rumah­nya di Datuk Keramat di sini ke pejabat di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Katanya, kenaikan kadar tol seperti yang diumumkan kelmarin begitu dirasai oleh individu sepertinya yang menetap jauh dari tempat kerja.

“Saya kini perlu membayar tol di Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sebanyak RM6 berbanding RM4 sebelum ini, tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) RM5 berbanding RM4 dan RM4 tol di Lebuh Raya Shah Alam yang tidak mengalami kenaikan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3oXOnRWj6 

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...