17.10.15

Berapa kenaikan kadar harga tol menyumbang kepada perbelanjaan harian anda?


Bagi SMART, kadar tol baharu bagi lebuh raya itu bagi kenderaan kelas satu adalah RM3 berbanding kadar lama, RM2.

Tan Su Lin, Astro Awani |  Oktober 16, 2015 11:15 MYT

KUALA LUMPUR: Dengan kenaikan kadar tol sehingga 100 peratus di beberapa lebuh raya di ibu negara, pastinya penyelarasan kadar tol memberi impak kepada perbelanjaan seharian pengguna.

Banyak persoalan yang timbul semenjak kadar tol dinaikkan pada 15 Oktober di kalangan pengguna lebuhraya tersebut untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Adakah anda menggunakan 18 lebuh raya setiap hari? Berapakah kos tambahan yang terpaksa dibelanjakan berikutan kenaikan kadar baharu ini?

Astro AWANI melakukan pengiraan ringkas bagi pengguna Lebuhraya SMART, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

LEBUHRAYA SMART

Kadar tol baharu bagi kenderaan kelas satu di laluan ini adalah RM3 berbanding kadar lama RM2.

Ini menyebabkan bayaran perlu dibayar pengguna bagi perjalanan ulang alik bagi tempoh lima hari bekerja meningkat kepada RM30 berbanding RM20 sebelum ini.

Bagi pengguna Lebuhraya SMART, perbelanjaan untuk tol mengalami kenaikan sejumlah RM10 bagi tempoh lima hari bekerja.



Jika pengiraan ringkas dilakukan, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar hidangan makan tengah hari nasi kandar dan air sirap untuk seorang di restoran mamak di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi tempoh sebulan, kos tambahan dari kenaikan kadar tol adalah RM40. Dengan harga tersebut, ibu bapa yang mempunyai anak kecil boleh membeli sepeket lampin pakai buang bayi.

Bagi pengguna Tol SMART yang menggunakan laluan ini secara kerap, kini terpaksa membelanjakan RM480 sebulan untuk bayaran tol.

Dengan jumlah ini, pengguna mungkin dapat membayar kadar bulanan untuk pebiayaan tadika atau tuisyen anak-anak.

INFOGRAFIK: Kadar tol 18 lebuhraya naik mulai 15 Oktober


LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)



Kadar tol baharu bagi lebuh raya NPE meningkat sebanyak 50 sen dengan kadar baharu pada harga RM2.30.

Bagi perjalanan berulang-alik setiap hari bekerja melibatkan kos RM23 seminggu, berbanding RM16 sebelum ini.

Peningkatan RM7 dalam perbelanjaan mingguan ini bersaamaan dengan perbelanjaan anda untuk sarapan nasi lemak dan teh tarik selama tiga hari.

Anggaran kos sebulan sebanyak RM28 bersamaan dengan harga setin susu tepung (satu kilogram).

Jumlah bulanan ini akan meningkat kepada RM336 untuk tempoh 12 bulan dapat digunakan untuk sebulan pinjaman bagi kenderaan jenis Viva.

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Perbelanjaan tol bagi pengguna lebuh raya (selepas kadar baharu diperkenalkan pada Khamis) bagi tempoh lima hari bekerja berjumlah RM5.

Dengan harga RM5, anda boleh membeli sarapan roti telur dan teh ais.
Ia berikutan kadar tol baharu bagi lebuh raya LDP iaitu RM2.10 berbanding kadar lama pada harga RM1.60.

Bagi perjalanan berulang alik setiap hari bekerja melibatkan kos RM21 seminggu, berbanding RM16 sebelum ini.



Dalam tempoh sebulan, seorang pengguna terpaksa membelanjakan RM20 yang sebelum ini boleh digunakan untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon telefon sebanyak dua kali.

Dalam tempoh setahun, kos perbelanjaan sejumlah RM240 bersamaan kos bil elektrik dan air untuk sebulan bagi sebuah rumah yang menggunakan alat penghawa dingin.

Bagi golongan kelas pertengahan dengan purata gaji RM2,500 sebulan, kiraan kasar bagi kos perbelanjaan bulanan untuk kadar tol baharu di laluan ini pula melibatkan kenaikan dengan anggaran 1.6 peratus.

Pemilihan tangga gaji RM2,500 ini dibuat kerana ia adalah anggaran purata lepasan graduan yang mempunyai kenderaan kecil.

BACA: Kerajaan Selangor bantah kenaikan tol

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...