18.10.15

Guru ditumbuk, ditendang dan dimaki kerana tegur pelajar


Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang seorang pelajar, semalam. -Gambar hiasan

Bernama |  Oktober 17, 2015 21:26 MYT

SIBU: Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang seorang pelajar, semalam.

Guru disiplin berusia 40-an itu turut dimaki pelajar lelaki berkenaan selepas dikatakan menegurnya ketika perhimpunan sekolah kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau yang mengalami pendarahan pada hidungnya kemudian membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan itu dan berkata polis sudah mengenal pasti pelajar berkenaan.

Bagaimanapun Mohd Kamal berkata pihaknya masih belum menahan pelajar itu untuk membantu siasatan.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...