Iklan Nuff

22.10.15

Hudud: Bahagian saya telah selesai, kata Ahmad Yacob




21 Oct 2015, 6:00 pm 21 Oct 2015, 6:14 pm

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Baru, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini.


Ahmad, yang juga timbalan mursyidul Am PAS, berkata tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai, lapor Bernama.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

"Yang menghalang (pelaksanaan hudud), kerana kita tidak dapat buat pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Itu bukan tanggungjawab kita, jadi bahagian saya telah selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini.

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi anggota Parlimen PAS semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti.

"Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang Allah. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman Allah ini," katanya.

- Bernama

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...