8.10.15

Mayat disahkan kanak-kanak Orang Asli




WARTAWAN SINAR HARIAN
8 OKTOBER 2015


GUA MUSANG - Mayat kanak-kanak yang ditemui di perairan Sungai Perias dekat semalam dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu adalah antara tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang lebih enam minggu lalu.

Mayat mangsa dikenal pasti oleh bapa saudaranya di sebuah hospital di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat budak perempuan lemas dijumpai]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kawasan SAR cari 7 murid Orang Asli diperluas]

Mayat kanak-kanak yang sudah reput itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari asrama di Sekolah Kebangsaan POS Tohoi pada jam 7 malam.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...