23.10.15

Perdana Menteri Bentang Bajet 2016 Petang Ini




Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 11:51 AM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang Jumaat.

Penggubalan bajet kali ini dikatakan paling sukar disebabkan persekitaran dunia yang mencabar, namun kerajaan mengariskan pelbagai usaha untuk melindungi ekonomi Malaysia.

Setiap orang akan memperoleh manfaat, terutama golongan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik.

Tumpuan adalah ke atas usaha untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi, mengurus impak pendedahan luaran dan melindungi kebajikan rakyat.


Usaha termasuklah membantu mengimbangi kos hidup yang semakin meningkat, menyokong sektor swasta, meningkatkan pembangunan modal insan serta produduktiviti. - BERNAMA

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...