15.10.15

Pesawat MH17 sah ditembak jatuh


AFP - SERPIHAN badan yang dicantumkan semula oleh pasukan penyiasat dipamerkan pada pembentangan laporan akhir siasatan nahas MH17 di Lapangan Terbang Gilze Rijen semalam.

AMSTERDAM – Pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh dari ketinggian 9,000 meter dengan menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia di timur Ukraine pada tahun lalu, kata Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) semalam.

Laporan akhir itu dibentangkan di Lapangan Terbang Tentera Gilze-Rijen, selatan Belanda manakala semua waris mangsa dimaklumkan terlebih dulu di The Hague.

Pengerusi DSB, Tjibbe Joustra berkata, peluru berpandu itu mengenai pesawat Boeing 777-20 pada bahagian kiri kokpit.

“Senjata BUK itu dilancarkan dari kawasan seluas 320 kilo­meter persegi di timur Ukraine,” katanya.

Sebelum ini Amerika Syarikat dan Ukraine menuduh serangan tersebut dilakukan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.

Rusia sebaliknya menyalahkan Ukraine berhubung tragedi itu.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3oXPSwkDV 

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...