25.10.15

Tragedi MH370 jadi jenaka dalam buku cari benda tersembunyi

Kohilah Sekaran, Astro Awani |  Oktober 24, 2015 16:27 MYT

Seorang usahawan warga Australia, Mathew Carpenter, melancarkan buku bergambar "Where's MH370?", yang berkonsep hiburan untuk mencari serpihan-serpihan penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Baru-baru ini, seorang usahawan warga Australia, Mathew Carpenter, melancarkan buku bergambar'Where's MH370? how long until you give up?', yang berkonsepkan hiburan untuk mencari serpihan-serpihan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Memetik laporan NY Daily News, setiap halaman dalam buku tersebut mencabar pembaca untuk mencari serpihan-serpihan milik Boeing 777, seperti kotak hitam, gear pendaratan, topeng oksigen dan beg pakaian, di 12 lokasi termasuk di Korea Utara, Rusia dan di bulan.

Usahawan berusia 22 tahun itu berkata, idea untuk buku 'Where's MH370? How long until you give up?' muncul ketika dia berfikir mengenai perkara apa yang paling sukar untuk dicari di dunia.

Mathew berkata, buku itu dicipta untuk mencari jawapan kenapa antara tempat-tempat yang berpotensi tinggi tidak dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada lokasi carian.

“Buku tersebut juga direka sebagai satu cara untuk "membantu" operasi mencari dengan memperluaskan lokasi carian."

Namun demikian, pembaca berpendapat bahawa gambaran seolah-olah mencari serpihan pesawat MH370 di neraka adalah satu perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.

Namun, Mathew berkata dia tidak menghiraukan kritikan-kritikan terhadap buku tersebut.

“Saya rasa ramai yang akan menyukainya. Mungkin ada yang tidak suka dan rasa ia cukup tidak sensitif.

“Saya tidak tahu jika ada yang berasa perkara ini boleh menyinggung perasaan. Saya rasa perkara yang lebih sedih ialah jawapan yang tidak jelas serta tuduhan menipu yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia terhadap kes tersebut,” kata Mathew seperti dipetik dari laporan portal ninemsn.

Difahamkan, buku 'Where's MH370' itu adalah parodi buku 'Where's Waldo?'.
Buku tersebut dipercayai dijual pada ASD15 di laman wheresmh370book.com.

Pesawat malang yang membawa 239 penumpang itu dilaporkan hilang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...