5.6.17

Zahid arah Perhimpunan 'Jerusalem Jubilee' diharamkan


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta malam ini. - Foto Bernama

Noor'Ainon Mohamed Yusof
5 Jun 2017

HULU KINTA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penganjuran perhimpunan Jerusalem Jubilee di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi mengarahkan PDRM membatalkan perjumpaan yang menyentuh sensitiviti agama itu.

"Kepada penganjur Jerusalem Jubilee, permit perjumpaan anda tidak diluluskan, permit anda dibatalkan dibawah arahan rasmi saya sebagai Menteri Dalam Negeri," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Annur Batu 8, di sini, tadi.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim yang diraikan.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu menghormati sensitiviti orang Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara.

"Toleransi agama harus dijaga dan tolong hormati agama lain. Ada perkara tidak boleh dimaafkan jika ia menyentuh akidah dan dicabar oleh pihak tertentu," katanya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...