21.9.10

Bisnes Cara Nabi S.A.W



Nabi tu sendiri seorang businessman. Kita boleh contohi tauladan daripada cara Rasulullah SAW berniaga. Dengan amanahnya, jujurnya, sopan santunnya; sehingga Maisarah yang menjadi wakil kepada Saidatina Khadijah radiallahuanha, pergi balik bawa barang dagangan ke Syam-Mekah melapurkan kepada Saidatina Khadijah tentang akhlak baik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Bagaimana larisnya jualan dan bagaimana manisnya senyuman Rasulullah kepada pelanggan-pelanggannya, sehinggakan Khadijah tertarik dan melamar Rasulullah saw. Tuan-tuan boleh cari ka zaman la ni, perempuan lamar lelaki?...Ada, tapi jarang-jarang berlaku. Yang berkenan kat tok-tok guru tu ada la. Tapi apa yang nak habaq mai ialah jarang-jarang berlaku. Selalunya, si jantan yang terhegeh-hegeh. Tapi Rasulullah kerana akhlaknya, maka Khadijah lamar dia.

Ini adalah contoh tauladan bagi para peniaga. Disamping menjaga adab-adab perniagaan, peniaga juga mesti ingat bahwa dunia perniagaan ini boleh membawa hampirnya mereka kepada Allah dan dunia perniagaan ini juga boleh melingkupkan mereka. Dimana Nabi pernah menyebut,"Peniaga yang jujur akan masuk syurga bersama dengan aku."...Inilah istimewanya jadi businessman, sebab syurga yang Nabi saw masuk itu bernama "Jannatul Firdaus", yakni yang paling tinggi. Namun begitu, peniaga juga boleh lingkup kalau dia mengutamakan dunianya lebih daripada Allah dan rasul. Inilah yang para businessman kena titik-beratkan. Untuk menjaga dunia perniagaan mereka supaya sentiasa diberkati, maka kuncinya ialah sepertimana yang diajar oleh Allah swt dan rasulNya kepada kita, iaitu ayat 77 dalam Suratul Qashash. Kalau tuan-tuan pegang ayat ini, Insya`Allah selamat di dunia dan selamat di akhirat. Firman Allah yang bermaksud, "Bekerjalah kamu sungguh-sungguh dalam membicarakan persoalan negeri akhirat."...Inilah yang Allah ajar kepada kita tentang bab Darul Akhirah, seperti Mahsyar, timbangan, sirat dan sebagainya. Apa saja ruang yang boleh kita perolehi untuk menuju kebahagiaan di akhirat, maka pulunlah sehabis mungkin. Diantara ruang-ruang itu ialah seperti sedeqah jariah, kuliyyah, ceramah dan apa saja yang membawa kepada kebahagiaan di negeri akhirat. Maka janganlah kita bertangguh, bahkan hendaklah kita mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh. Tapi dalam bab dunia, kata Allah, "Dan jangan pula kamu lupakan habuanmu di dunia."...Disamping kamu pulun akhirat, kamu jangan lupa habuan kamu di dunia. Kamu jangan lupa pi kerja, cari rezeki untuk sara anak isteri. Jangan kamu duduk diam berpeluk tubuh sahaja menanti derma daripada orang lain. Yang ni Nabi saw cukup marah sebab Rasulullah mahu kita menggunakan tulang 4 kerat dengan bekerja bersungguh-sungguh sampai keluar peluh untuk mencari rezeki. Walaupun begitu, ustaz Halim Nasir kata, dia tak pernah jumpa lagi ayat yang suruh kita pulun dunia. Yang ada, hanyalah suruh kita beringat-ingat sahaja tentang dunia. Sebab kata Allah dalam ayat 20 Surah al-Hadiid, "Tiadalah kehidupan di dunia melainkan hanyalah kesenangan yang menipu kamu. Dan tidaklah ada kehidupan di dunia melainkan senda gurau dan tipu menipu."...Inilah perihal dunia. Sebab itu, takdak ayat suruh kita pulun bab dunia. Yang suruh pulunnya ialah bab akhirat walaupun Nabi ajar kita supaya jangan melupai dunia. Sepertimana sabda Nabi saw, "Siapa yang nakkan dunia, maka hendaklah berilmu."...Maknanya, kalau dia nak bekerja dalam bidang apa sekalipun, terlebih dahulu dia mesti ada ilmu. Tapi jangan dia pulun sampai lupakan negeri akhirat. Sebaliknya, dia mau gunakan ilmu kejuruteraan, kedoktoran, perniagaan umpamanya ini sebagai jambatan untuk kebahagiaan di negeri akhirat.

Oleh sebab itu, bila sebut bab kerja ni, kata ustaz bahwa beliau selalu sebut bagaimana Allah buat contoh tauladan kepada kita dengan sejenis binatang yang paling kecil, iaitulah "semut". Cuba tuan-tuan tengok gelagat semut, sehinggakan Allah menurunkan suatu surah yang dinamakan dengan Suratul Naml (Surah semut). Daripada binatang yang kita panggil semut ini, kalau diperatikan dengan betul; ada 2 pengajaran besar yang boleh kita contohi daripadanya. Iaitulah :

i) yang pertamanya ialah dia cukup rajin bekerja. Tolong bagitau, adaka sapa pernah tengok semut berhenti rehat sambil pekena rokok?...Ada ka sapa pernah tengok lepas dia angkat gula tu, dia lap peluh kemudian pi kat 4-5 ekor geng dia, baguih punya dok gulung rokok daun?...Tarak pasai, tuan-tuan. Kita bangkit 2 pagi bancuh susu anak, nampak la dia dok berjalan. Kemudian terjaga 4 pagi, kita pi bilik air, kita nampak lagi dia dok berjalan cari makanan. Last sekali bangkit subuh pukoi 6 pagi, dia dok berjalan lagu dia la juga. Tak pernah kata nak berhenti rehat apa ka. Tu dia yang dikatakan "semut" tu. Jadi, Allah swt buat semut ni untuk kita tengok dan mau kena rajin lagumana semut juga. Yakni rajin baca Quran, rajin baca buku dan rajin dalam bab kerja buat Islam, sehinggakan Nabi saw ajar kita dalam doa mohon berlindung daripada 8 benda. Antaranya Nabi ajar ialah mohon berlindung daripada Allah supaya jangan kita ni jadi lemah dan malas. Cuba kita perati tengok lagumana depa (semut) boleh bekerjasama menolak sebutir dua hablur gula masuk dalam lubang. Bukan kata gula, lipas atau serangga mati pun depa boleh bersatu-padu tolak masuk dalam sarang. Inilah ajaran yang Allah nak tunjuk kepada kita, yakni tentang konsep bersatu-padu atau berjamaah. Ada ka dia (semut) boleh tolak lipas yang mati tu sorang-sorang dia?...Tak mungkin tuan-tuan. Inilah yang Allah nak ajar bahwa memang sukar untuk kita sorang-sorang nak pi cegah mungkar. Jadi, kaedahnya ialah kita mesti tolak kemungkaran dalam bentuk berjamaah.

ii) Yang keduanya ialah kita boleh lingkup dengan dunia kalau tidak berhati-hati. Yang kata semut ni, kalau 1-2 hablur gula jatuh depan hidung dia, dia boleh relax lagi. Tapi cuba kita tengok apa kan jadi bila kita tinggai segelas sirap?...Dalam setengah jam sudah la?...Kita balik nak minum, tengok-tengok ada 4-5 ekor semut yang sudah pun mati syahid dalam gelas sirap kita tadi. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai dia tengok, tu dia gula satu gelas, kalau dia dapat, ummmphhh! Habuan cukup hebat tu. Satu dua hablur gula jatuh, kira dia boleh sabar lagi. Tapi dengan segelas sirap, dia mula lupa daratan. Dia panjat-panjat gelas tu, kemudian terjun, mati lemas dia. Kemudian yang kawan ikut tu pun bodo juga, pi ikut panjat, kemudian terjun, mati juga dia. Akhirnya, kita akan dapati 5-6 ekor semut mati dalam dunia gulanya. Inilah dia pengajaran yang Allah nak bagitau kat kita. Serupalah kalau depa bagi kain pelikat, kira boleh dok steady lagi. Tapi bila depa bagi handphone, habih, dengan kita-kita sekali lingkup.

Jadi, Rasulullah telah menunjukkan contoh bahwa dia adalah peniaga yang jujur dan amanah. Sebab itu, sabda Nabi saw, "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab inilah, orang berniaga ni hidupnya berkat kalau dia pandai manage dunia perniagaannya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...