Sebagai contoh, mod tunggangan yang boleh diubah secara terus sama ada pilihan prestasi seperti superbike semasa melalui selekoh-selekoh tajam, menikmati perjalanan jauh yang sebenar di lebuh raya di seluruh negara, kawalan yang mudah di dalam kesibukan kota sesuai untuk ke pejabat dan laluan lasak termasuk di laluan-laluan balak seperti di Borneo.
Reka bentuknya yang futuristik mampu menarik perhatian di mana sahaja ia berada.
Dengan kuasa maksimum 150 kuasa kuda (hp) @ 9,250 rpm dan kuasa kilas 118.7 Nm @ 7,500 rpm, ia sememangnya motosikal yang berkuasa pada kelasnya.
Kuasa-kuasa itu datangnya daripada nadinya yang ditala semula dari superbike juara dunia, Ducati 1198 iaitu versi enjin Testastretta 1.2 liter dengan silinder berkembar L, empat injap setiap silinder, Desmodromic dan penyejuk cecair.
Teknologi ini tidak memerlukan kabel pendikit seperti motosikal konvensional yang disambung dengan ‘pintu butterflies’ pada throttle body sebaliknya ia menyalurkan isyarat kepada unit kawalan komputer yang menentukan operasi buka tutup butterflies dengan lebih cekap, pantas dan tepat.
Maka tidak hairanlah dengan dibantu sistem transmisi basah, klac hidraulik pelbagai plat dengan silinder jejari utama, anjakannya amat ketara dapat dirasai bermula pada transmisi dua hingga enam. Ia seolah-olah mampu meluncur tanpa batas di jalan raya walaupun pada transmisi maksimum.
Selain kuasa nadi dan kilas, kawalan tarikan dan pemilihan suspensi mengikut mod juga adalah secara elektronik supaya ia sesuai dengan kehendak penunggang mengikut permukaan jalan raya yang dilalui.
Satu lagi keunikan Multistarada ini ialah penggunaan sistem tanpa kunci bagi menghidupkan enjinnya. Butang penghidup enjin juga unik dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan berbanding motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Nampak hebat jika kita dapat menunggang motosikal berkuasa tinggi seperti ini, tambahan pula model ini boleh sesuai dengan apa sahaja jenis jalan samada di luar bandar mahupun bandar serta lebuh raya.
Harganya cuma RM143,000 sahaja. Demi kepuasan dan keseronokan membawa jentera laju harga mungkin sudah tidak menjadi hal. Sejak diperkenalkan oleh kumpulan Naza di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 sebanyak 30 unit telah terjual. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca di mStar Online.
imej kredit buat google
No comments:
Post a Comment