16.2.11

Siri komputer lasak

Toughbook 19
CF-19

CF-C1


Toughbook sesuai bagi profesional yang bekerja dalam keadaan lasak yang ekstrem.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

BAGI memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dalam pengkomputeran lasak, Panasonic Systems Asia Pasific mengumumkan pelancaran tiga komputer riba Toughbook iaitu CF-F9, CF-C1 dan CF-S9.

Toughbook dalam siri bisnes lasak terkini, membenarkan profesional yang selalu bergerak mendapat faedah daripada jenama legenda ini.


Tidak kira di mana anda berada, model Toughbook terkini akan memastikan pengguna sentiasa berhubung.
Bisnes komputer Toughbook hasil gabungan pemprosesan Intel berkeupayaan tinggi yang ringan, jangka hayat bateri yang panjang, sambungan mudah alih bagi memberikan penyelesaian pengkomputeran mudah alih yang terbaik dalam kelasnya.

Model Toughbook terkini dengan reka bentuk nipis dan bersih mengekalkan kelasakan tanpa mengurangkan kehebatannya.

Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Systems Asia Pacific, Wilfred Wee berkata, kini profesional yang mengembara memerlukan lebih daripada komputer riba dan mengharapkan sesuatu yang tahan lasak.
“Oleh itu Toughbook kami meletakkan standard bagi komputer riba yang sesuai untuk ahli perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Komputer riba Panasonic Toughbook bagi ahli perniagaan amat menarik perhatian pengguna dengan bahan magnesium aloi, LCD nipis dan unit Shell Drive yang menggabungkan pemacu dan komputer riba.

Shell Drive digunakan dalam Toughbook 75 peratus lebih ringan berbanding model konvensional, mengurangkan berat dan meningkatkan kelasakan serta menjimatkan ruang.

Satu ciri unik Panasonic, Toughbook telah direka untuk menahan gegaran, jatuh dan tumpahan air.
Bagi memenuhi keperluan komputer lasak bagi mereka sentiasa bergerak dan lasak, Toughbook boleh tahan jatuh setinggi 76 sentimeter (sm) kerana kemasan magnesium aloi dan penggunaan bahan istimewa di sekeliling pemacu keras.

Kedua-dua penutup dan dasar komputer riba direka bagi menahan tekanan sehingga 100 kilogram (kg).
Toughbook juga mempunyai rekaan papan kekunci yang tahan tumpahan cecair yang melindungi sehingga 100 mililiter (ml).

Toughbook menggunakan platform pengkomputeran mudah alih terkini Centrino Intel Core dengan Dynamic Power Performance Management Technology yang direka bersama-sama Intel.

Ini membolehkan komputer riba untuk meminimumkan penggunaan kuasa dan pengeluaran haba semasa keupayaan di peringkat maksimum.

Panasonic Hybrid Cooling System yang canggih memastikan komputer sentiasa sejuk tanpa mengorbankan berat dan jangka hayat bateri.

Selain itu Toughbook juga mempunyai anti-kecurian Intel dan teknologi vPro bagi meningkatkan keselamatan bantuan perkakasan dan menguruskan keupayaan bagi meningkatkan IT bagi mengekalkan, mengurus, memperkenalkan, merawat dan melindungi aset rangkaian pengkomputeran.

Ini termasuk Built-in Security Chip (TPM) yang mengandungi kunci enkripsi bagi tujuan keselamatan dan peribadi, menghalang akses tidak berdaftar kepada maklumat berharga dan penting yang menyebabkan kecurian atau kehilangan data di dalam pemacu keras.

Toughbook CF-S9 skrin 12 inci paling ringan di dunia dengan pemacu optikal bina dalam dan hayat bateri paling panjang sehingga 11 jam.

Ia direka dan dibina bagi eksekutif perniagaan yang sentiasa sibuk dengan berat hanya 1.37 kg yang kompak dan mudah dibawa dengan mengekalkan kelasakan bagi perlindungan maksimum.

Ditambah dengan ciri pemprosesan Intel Core i5- 520Mv Pro (2.40GHz dengan Turbo Boost sehingga 2.93GHz, Intel Smart Cache 3MB), 2GB DDR3 Sd-RAM dan 320 GB HDD, Toughbook ini boleh beroperasi sehingga 11 jam berterusan tanpa dicas.

Toughbook F9 dengan skrin 14 inci merupakan yang paling ringan dalam kelasnya.
Komputer riba yang ringan dan nipis merupakan komputer riba bagi golongan bisnes tahan lasak terbaru.

Menggunakan pemprosesan Intel Core i5, 320 GB HDD, paparan skrin lebar resolusi tinggi (1440 x 990) dengan lampu belakang LED dan pemegang integrasi.

Pembalut dan chasis aloi, pemacu keras dan LCD tahan gegaran serta rekaan tahan tumpahan air bagi memastikan komputer riba berupaya menahan keadaan lasak.

Toughbook C1 merupakan komputer tablet yang paling ringan di dunia berat hanya 1.4 kg menggunakan hanya satu bateri manakala 1.7 kg bagi dua bateri.

Peralatan baru ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 jam serta mempunyai pelbagai ciri menarik bagi meningkatkan pengalaman Toughbook.

Menggunakan Intel Core i5 520 M vPro, Toughbook C1 menawarkan keupayaan tinggi walaupun nipis dan ringan lantas memberikan persekitaran ideal bagi eksekutif muda.

sumber : Utusan Malaysia Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...