30.4.11

Volvo XC60

XC60 miliki DNA sejati Volvo
Crossover yang dinanti-nantikan oleh pencinta automotif di seluruh negara. - Foto THE STAR Oleh LAI VOON LOONG
TIDAK keterlaluan jika penulis tegaskan bahawa kenderaan jenama Volvo yang terkini adalah antara kenderaan harian yang paling selamat dipandu.
Ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan terkini adalah aspek yang sentiasa bersatu dengan setiap rekaan jenama Scandinavia ini.
Setiap sudut kenderaannya lengkap dengan aspek berkenaan. Ia sentiasa dititik beratkan pada setiap modelnya apatah lagi yang terkini. Itulah DNA Volvo.
XC60 2.0 Turbo Powershift merupakan model crossover mewah yang pertama keluaran Volvo yang dipasang di Malaysia secara komponen terurai (CKD). Ia dipasang di kilang Volvo di Shah Alam, Selangor.
Pengeluaran model-model crossover kini semakin menjadi perhatian pembuat kereta di seluruh dunia.
Ciri Keselamatan Kota yang unggul rekaan jurutera Volvo.
Crossover merupakan kenderaan yang dibina menggunakan gabungan platform kereta yang menampilkan ciri-ciri sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Pembinaannya tidak banyak berbeza dengan sebuah kereta tetapi dilengkapi dengan ciri-ciri SUV dengan kabin, ruang lega bawah kereta dan tempat duduk yang tinggi selain Ciri Kenderaan Pacuan Semua Roda (AWD).
Kata mudahnya, ia SUV dengan pemanduan sebuah kereta. Namun walaupun crossover direka dengan keupayaan pemanduan off road tetapi tidak terlalu lasak.
Ciri Keselamatan Kota
Antara ciri keselamatan XC60 yang menyediakan tempat duduk boleh ubah untuk kanak-kanak.
Dengan XC60 2.0L ini, Volvo memperkenalkan ciri Keselamatan Kota (City Safety) yang merupakan teknologi keselamatan unik yang pertama di dunia bagi membantu mengelakkan perlanggaran pada kelajuan-rendah di kesibukan trafik di kota.
Semasa memandu pada kelajuan rendah, XC60 akan memperlahan dan membrek secara automatik dengan jarak kira-kira satu meter dengan kenderaan di hadapan bagi mengelakkan perlanggaran, dengan itu kecederaan atau kerosakan serius dapat dielakkan.
Ciri Keselamatan Kota ini merupakan satu lagi contoh keupayaan teknologi Volvo dalam keselamatan automotif, begitu juga dengan tali pinggang keselamatan 3-titik yang digunakan dalam semua kereta pada hari ini.
Kira-kira 50 tahun dahulu, Volvo telah memperkenalkan tali pinggang keselamatan 3-titik. Dari 1959 sehingga kini, tali pinggang keselamatan 3-titik merupakan satu-satunya penyelamat utama ketika memandu di jalan raya.
Fesyen, fungsi dan Volvo
XC60 berupaya berdepan dengan apa juga cabaran pemanduan di jalan raya. Penulis yang berpeluang memandu uji model ini menjelajah Pahang sejauh kira-kira 1,000 kilometer (km) baru-baru ini, sedaya upaya mengerah keupayaan dan kudrat crossover ini.
Papan pemuka dan konsol yang menjadi simbol keunikan Volvo.
Perjalanan paling mencabar ialah antara Bandar Baru Jengka menuju ke Kuala Lipis sejauh hampir 100 km. Melalui jalan-jalan yang sempit dengan menyusuri Sungai Pahang dan melepasi lebih 10 buah kampung, prestasi XC60 amat mengujakan penulis.
Keselesaan sebagai sebuah crossover mewah sememangnya dirasai memandu XC60 ini.
Enjin 2.0L dengan turbocaj benar-benar membantu menggerakkannya mengikut kehendak pemanduan penulis tanpa mengorbankan keselesaan dan ketenangan berada di dalam kabinnya.
Dengan rekaan dalaman dan luaran yang sangat licin serta kemas, nadinya berkuasa enjin turbo empat silinder 2.0L menjana 203 kuasa kuda dan kuasa terjahan 300 Newton meter.
Ciri Kenderaan Pacuan Semua Roda (AWD) dengan Enjin Tarikan Serta-merta dan Keselamatan Kota (City Safety) dipasang sebagai standard.
XC60 ini lebih kecil berbanding ‘abangnya’ iaitu XC90 yang menawarkan kerusi 5 + 2 iaitu lima kerusi tetap dengan dua boleh dilipat, tetapi XC60 hanya memiliki lima tempat duduk.
Perbezaan yang jelas yang alur lekuk sudut tepi belakng dan lampu brek yang sangat cantik serta menarik terutamanya apabila pada waktu malam.
Ia ternyata mampu memuaskan hati pemandu yang mahukan crossover dengan penggunaan minyak yang menjimatkan di samping reka bentuk yang menarik.
Ia dilengkapi enam kelajuan, dual-clutch Powershift, enjin GTDi (Gasoline Turbocharged Direct Injection) empat silinder 2.0T.
XC60 2.0 Turbo Powershift dijual pada harga RM281,950 di atas jalan tanpa insurans.
sumber : mStar Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...