4.5.11

Cita-cita, inovasi Accord penuhi keinginan pengguna

Yoichiro bersama Honda Accord Generasi kelapan.
SEMPENA meraikan tahun ke-35 model jualan terbaik Honda Accord, Honda Malaysia Sdn Bhd mengambil pendekatan bagi memastikan jenama Accord yang dikeluarkan sejak tahun 1976 tidak dilupakan oleh semua pengguna yang setia dengan memperkenalkan pelbagai perubahan inovasi.
Seiring dengan perubahan zaman, satu pameran fotografi nasional yang berjudul The Journey of Ambition dengan mempamerkan legasi Accord dan perjalanannya sepanjang lapan generasi inovasi, ditampilkan secara artistik melalui tiga jurugambar tempatan.
Nama Accord diperoleh daripada usaha tanpa jemu Honda untuk mencapai keharmonian masyarakat melalui automobil dengan teknologi terkini. Ini mewakili kejuruteraan yang bercita-cita untuk terus berinovasi dalam rekaan dan teknologinya bagi memenuhi keperluan mobiliti masyarakat. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pameran ini dibuat bagi mengembalikan sejarah Accord yang berkembang di seluruh dunia dengan inovasi enjin yang dilakukan untuk keselesaan pengguna.
“Accord telah dihasilkan sejak 35 tahun lalu dan dalam tempoh itu pelbagai perubahan boleh dilihat dan hasilnya semakin baik tahun demi tahun. Accord terbaru yang dihasilkan kini menggunakan kaedah model generasi kelapan yang lebih bercitarasa tinggi dengan gaya kemewahan serta prestasi pemanduan yang maksimum.
“Selain mensasarkan pengguna, pameran ini turut menampilkan citarasa tinggi jurutera Honda yang memahami kehendak pengguna,” katanya.
Sejarah Accord selari dengan sejarah pengeluaran kereta Honda, dengan pertukaran model sebanyak lapan kali dalam tempoh 35 tahun. Kini dijual di 160 buah negara, Accord adalah kereta global yang menjadi pilihan dengan jualan terkumpul melebihi 18 juta unit dari 1976 hingga 2010.
Kejayaan model Honda begitu jelas terutamanya di AS, menjadi kenderaan berjenama Jepun yang pertama dikilangkan di situ pada 1982, dan merupakan kereta Jepun dengan jualan terbaik selama 15 tahun hingga 1996.
Sehingga kini, Accord terus melalui evolusi, selaras dengan semua perubahan yang berlaku di dunia dan dalam teknologi Honda. Generasi kelapan Accord sedia ada di jalan raya sejak 2008, dengan gabungan kualiti yang tiada tandingan serta peningkatan keselesaan dalam pemanduan.

Revolusi Accord generasi pertama hingga model terkini:
Generasi Pertama (1976 – 1981)
Accord mendapat kejayaan segera apabila ia mula diperkenalkan sebagai kereta hatchback tiga pintu pada 1976. Accord diterima baik kerana ia memenuhi keperluan dari segi ruang, keselesaan pemanduan dan gaya.
Ciri-ciri unik Accord termasuklah enjin Compound Vortex Controlled Combustion (CVCC) baru yang dibangunkan oleh Honda. Ia adalah enjin pertama Jepun yang mematuhi syarat ketat Akta Udara Bersih 1970 AS, yang melayakkan kereta buatan Jepun memasuki pasaran AS dengan stereng berkuasa boleh laras dengan kelajuan dan transmisi pacu lebih Hondamatic (transmisi automatik hak milik Honda).
Accord 1976 dipacu oleh enjin 1.6-liter dan CVCC 4-silinder. Susun atur dalamannya memiliki tempat duduk selesa, kawalan logik/kedudukan tolok dan gear suis bermutu tinggi.
Generasi Kedua (1981 – 1985)
Generasi kedua Accord diperkenalkan pada 1981. Dengan sasaran sebagai kereta kompak bergaya, ciri mekanikal, bahagian luaran, dalaman serta kemasan akhir semuanya mewakili tumpuan terhadap kualiti. Reka bentuknya diubah dan digayakan semula untuk mencerminkan rupa dan rasa yang lebih mewah berbanding generasi pertama.
Walaupun secara mekanikal ia hampir sama dengan generasi pertama, terdapat peningkatan ketara dari segi teknologi, iaitu Programmed Fuel Injection (PGM-FI) atau sistem suntikan minyak dikawal secara elektronik, sistem brek anti-kunci 4-tayar (ABS); dan transmisi automatik penuh 4 kelajuan Hondamatic dengan mekanisme kunci.
Penonjolan ketara bagi Accord tahun 1982 merupakan kereta sedan Jepun pertama yang dikeluarkan di AS. Ia juga adalah tahun di mana Accord menjadi Kereta Jepun Jualan Terbaik di AS, rekod yang kekal selama 15 tahun sehingga 1996.
Generasi Ketiga (1985 – 1989)
Honda Accord Generasi Pertama
Honda melakukan satu loncatan apabila memperkenalkan Accord generasi ketiga pada 1985. Ia lebih besar dari segi kapasiti enjin dan ruang dalaman, lebih baik dari segi teknologi dan lebih bergaya dengan bahagian luaran yang lebih sporty.
Dengan penampilan yang lebih bergaya, model Accord ini adalah kenderaan pacuan hadapan yang pertama dunia dengan suspensi tulang selangka berganda 4-tayar untuk kelas pacuan tayar enjin hadapan. Prestasi injin dipertingkatkan dan dua pilihan disediakan untuk pelanggan, iaitu enjin DOHC 1.8-liter dan 2.0-liter.
Generasi Keempat (1989 – 1993)
Walaupun ramai yang memperkatakan tentang keperluan kereta sedan kecil dalam tahun 90-an, Honda telah melakukan kajian mendalam tentang fungsi asas kereta dan membangunkan semula Accord secara keseluruhan dengan memberi perhatian kepada keperluan pengguna. Peningkatan utama adalah memperkenalkan sistem beg udara di tempat duduk pemandu yang boleh menyelamatkan nyawa.
Accord generasi keempat yang lebih besar dan berkuasa menjadi lebih popular. Penampilan gaya luaran dan dalamannya lebih kepada selesa dengan garis pinggang yang lebih rendah, tingkap yang lebih besar dan tiang atap nipis yang mengurangkan titik buta pemanduan.
Dari segi mekanikal, sistem karburetor sudah tidak dipakai lagi kerana sistem suntikan minyak dibuat selaras untuk semua Accord. Enjin baru 2.2-liter, 16-injap menggantikan model terdahulu 2.0-liter, 12-injap, dan disertai dengan aci pacu pengimbang kedua.
Semua Accord juga dilengkapi dengan transmisi automatik yang menggunakan kawalan belakang elektronik untuk mengurangkan bunyi dan gegaran.
Generasi Kelima (1993 – 1998)
Accord 1993 dipertingkatkan lagi berbanding model sebelumnya dalam banyak segi iaitu lebih kuasa untuk semua enjin; transmisi automatik 4-kelajuan kini digabungkan dengan sistem kawalan elektronik Grade Logic bestari bagi semua transmisi automatik (yang menghalangnya daripada bertukar antara dua gear semasa menaiki bukit, dan merendahkan gear apabila menuruni bukit curam); dan ruang dalaman yang lebih ergonomik dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara berkembar di hadapan dan rusuk impak sisi yang diperkukuh. Strukturnya adalah lebih kukuh dan reka bentuknya lebih aerodinamik untuk pemanduan yang lebih senyap dan kawalan yang lebih baik.
Enjin VTEC (Variable valve Timing and lift, Electronic Control) baru diperkenalkan kepada versi 2.2-liter 4-silinder dengan brek anti-kunci, roda aloi 15” menggantikan roda besi 14”, cakera brek 4-tayar dan palang penstabil belakang.
Generasi Keenam (1998 – 2003)
Pasaran Honda menjadi semakin besar dengan pengenalan Accord generasi keenam. Accord Sedan dibangunkan berdasarkan konsep ‘sedan sport termaju’.
Kereta generasi baru menampilkan pelbagai teknologi yang dapat melindungi alam sekitar dan memberikan keselesaan pemanduan melalui prestasi injin dan casis. Dari segi enjin, lebih banyak pilihan ditawarkan untuk sedan, antara injin DOHC VTEC 1.8-liter atau 2.0-liter.
Untuk pertama kalinya, suspensi belakang tulang selangka berganda 5 pautan yang baru diperkenalkan bagi Accord generasi keenam. Lebih kemas secara geometri, suspensi tulang selangka berganda ini memberikan kawalan yang lebih stabil.
Honda juga meningkatkan standard keselamatannya dengan menggabungkan fungsi Irregular Driving Detection yang pertama pada semua Accord. Alat ini dapat mengesan pemanduan tidak normal dan memberitahu pemandu melalui penggera visual dan bunyi.
Generasi Ketujuh (2003 – 2008)
Honda Accord Generasi Ketiga
Pada 2003, model Accord generasi ketujuh yang baru adalah satu daripada model global teras Honda. Ia telah melalui perubahan dramatik dalam sejarah 27 tahun, menjanjikan gaya tahap dunia, prestasi dinamik dan kemewahan.
Terdapat pilihan enjin DOHC 2.0-liter, i-VTEC DOHC 2.4-liter dan V6 VTEC SOHC 3.0-liter yang pertama, generasi ketujuh ini mempamerkan meter bercahaya kendiri, transmisi automatik 5-kelajuan yang menggunakan klac geseran rendah, pengubah tork kecekapan tinggi, gear lahu barisan berganda dan drive-by-wire Electronic Throttle Control System.
Sedan 3.0-liter V6 ditawarkan dengan transmisi automatik 5-kelajuan di Malaysia. Reka bentuk suspensi tulang selangka berganda yang cemerlang dikekalkan dan diubah sedikit bagi ciri-ciri kawalan padu dan pemanduan yang lebih terkawal.
Semasa ulang tahun ke-30 Accord pada 2006, model utama Honda menerima perubahan reka bentuk yang lebih elegan. Perubahan paling ketara adalah gril hadapan dan bampar belakang yang baru, lampu brek ketiga yang dipasang tinggi dan lampu belakang LED.
Generasi Kelapan (2008)
Honda Accord generasi kelapan mengubah dunia pengangkutan ke arah yang lebih kemas, dinamik dan sofistikated dengan rangkaian teknologi inovatif yang lebih hebat, direka untuk lebih kuasa, lebih cekap dan keselamatan yang dipertingkatkan.
Di antara inovasi teknikal termasuk enjin 3.5-liter yang pertama dengan bahan bakar ekonomi dan persekitaran Variable Cylinder Management System (VCM), yang membolehkan keseimbangan optimum antara bahan bakar ekonomi dan elektrik, manakala penyulingan pengendalian stereng Variable Gear Ratio (VGR) kemudi, yang memberikan kestabilan yang lebih baik, lancar, serta pengendalian yang lebih responsif, dan pusingan radius yang lebih kecil.
Shift Hold System yang mengurangkan pengeseran gear pada saat apabila membelok atau percepatan bekalan selepas putaran dan menggabungkan ciri-ciri keselamatan dengan teknologi yang canggih seperti G-Force Control Technology, struktur badan Advanced Compatibility Engineering (ACE), ciri-ciri keselamatan pejalan kaki, sistem beg udara yang maju dan Vehicle Stability Assist (VSA).
Perubahan Minor Model 2011
Gabungkan semua teknikal yang inovatif dari generasi kelapan, Accord 2011 adalah satu kenyataan akan kecanggihan dengan ciri-ciri yang ditambah dan reka bentuk yang unggul.
sumber: mStar Online

1 comment:

Enjin Vtec said...

Honda Accord di reka memang lebih tertumpu kepada keselesaan... Ia antara model terlaris Honda sejak dahulu lagi...

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...