Iklan Nuff

19.6.11

Afdal solat awal waktu

Dr.Salam




SOLAT fardu ditetapkan dengan waktu tertentu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa’ ayat 103).

Kita perlu memahami bahawa wajib di awal waktu mengerjakan solat tergolong dalam wajib diperluaskan dalam waktunya yang tertentu.

Contohnya, waktu Zuhur bermula selepas gelincir matahari ke arah barat dan berakhir selepas bayang berubah menjadi panjang dari asal barang yang dijadikan pengukur.

Sekarang waktu solat mudah diketahui menerusi azan di masjid, akhbar, televisyen dan Internet. Untuk lebih lanjut setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa: 



(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu.

(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga ke akhirnya.

(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak (himpun) antara dua solat.

(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.

Solat adalah tiang agama dan tujuan solat untuk mengingatkan manusia mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan.

Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun.

Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah. Terdapat cerita dalam hadis bagaimana Rasulullah menyatakan niatnya untuk membakar rumah penghuni yang tidak bersolat jemaah.

Solat berjemaah adalah syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam. Masyarakat Islam akan berjaya apabila mementingkan amalan solat dan ajaran Islam secara amnya.


sumber: mStar

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...