Iklan Nuff

18.6.11

Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina



SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, masih terdapat masyarakat yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina dan keperluan mengemukakan empat saksi.

Menurutnya, zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

“Adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

“Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?,” katanya

Asri berkata, rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

“Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

“Secara logiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?,” katanya dalam entri terbaru dalam laman blognya, www.mindatajdid.com.

Asri berkata, seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut berhubung karikatur yang disiar dalam Utusan Malaysia, Asri berkata, beliau tidak pasti, apakah kartunis itu hendak menghina Islam atau pihak tertentu.

“Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam,” katanya.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.


sumber: Sinar Harian

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...