16.6.11

MTUC minta RM900 sebulan



SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada golongan berpendapatan rendah dengan jumlah sekurang-kurangnya RM900 sebulan. 

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, jumlah itu dicadangkan selepas MTUC melakukan pemantauan serius mengenai tahap gaji pekerja sektor swasta dikatakan rendah. 

Menurutnya, kajian menunjukkan 35 peratus pekerja sektor itu dibayar gaji di bawah paras RM700 sebulan. 

“Gaji minimum mesti dipantau dan dikaji berdasarkan tempoh keadaan semasa. Cuba bayangkan jika dalam tempoh 20 tahun gaji minimum langsung tidak dinaikkan, walaupun kos sara hidup semakin tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Mohd Khalid berkata, MTUC tidak pernah berganjak dalam memperjuangkan isu mengenai gaji minimum itu.


sumber: Sinar Harian Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...