Iklan Nuff

14.6.11

BMW 528i untuk mereka yang mencari kepuasan diri


BMW 5 Series Sedan (F10) 528i ternyata memberi kepuasan mewah tersendiri dengan memaparkan reka bentuk yang lebih kemas dan agresif untuk pengguna yang sememangnya setia dengan jenama BMW.
Secara jelasnya, spesikasi BMW six-cylinder in-line N52B3002 mampu menghamburkan kuasa output maxsimum pada 258 hp dan 310Nm tork.
Ruang dalam BMW 528i kelihatan kemas dan serba mewah.
Pecutan dari titik permulaan yang dilakukan adalah 6.7 saat dari 0-100 km/h dan mempunyai kelajuan maksimum 250 km/s.
Dilancarkan pada hujung tahun lalu, BMW 528i lebih mengutamakan keselesaan penumpang kerana keadaan tempat duduk belakang yang luas serta empuk dengan kemasan kulit Dakota, berbanding dengan tempat duduk di bahagian depan yang lebih terhad.
Reka bentuk bahagian dalaman kelihatan bergaya dikemaskan dengan krom dan kulit Dakota.
Sementara itu, reka bentuk bahagian pintu turut dikemaskan dengan krom, yang dilihat lebih bergaya serta seimbang dengan hiasan dalaman yang lain.
Bagi bahagian depan pula, tempat duduk pemandu mungkin dilihat lebih kecil daripada biasa kerana ia lebih bercirikan reka bentuk sport.
Lampu sisi LED lengkap dengan pengelap cermin.
Di samping itu, pemandu boleh membetulkan tempat duduknya dengan lebih mudah, hanya menekan butang penyesuaian tempat duduk yang disediakan.
Selain itu juga, pelbagai aksesori disediakan di ruang depan antara pemandu dan penumpang depan dengan kemudahan seperti BMW TeleServices, Radio BMW Profesional, penunjuk arah, cakera pada (CD), MP3 serta sistem Hi-fi (600w, 16 pembesar suara).
Ternyata model ini turut mementingkan dalaman yang bercita rasa tinggi serta memberi kesenangan kepada pemandu dan penumpang dalam apa jua situasi.
Ciri-ciri keselamatan yang maksimum disediakan dengan kemudahan beg udara (tempat duduk penumpang depan serta di sisi pemandu), sistem kunci automatik, pengesan kemalangan, Kawalan Kestabilan Dinamik atau DSC (Dynamic Stability Control), Traction Mode, run-flat indicator dan sebagainya.
Ruang enjin BMW 528i dengan kelajuan kuasa 'sport' automatik.
Seperti sebelum ini, model BMW pastinya dilengkapi dengan tranmisi dan teknologi yang berlainan, bersesuaian dengan model yang dikeluarkan.
BMW 528i dilengkapi 8 kelajuan sports automatik dengan transmisi Steptronik dan di tambah pula dengan sistem brek kecemasan, double-VANOS, pengawasan jarak (PDC) serta sebagainya.
BMW 528i juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori canggih.
Ternyata nilai mobiliti berpatutan untuk memiliki serta fungsi tambahan menjadi tarikan kepada model ini, malah gaya luaran yang kelihatan mewah dan bergaya dengan reka bentuk dinamik menjadi ia salah satu model yang diingini.
Reka bentuk lampu sisi LED yang mempunyai fungsi tersendiri mengikut keadaan cuaca secara automatik. Ia juga dilengkapi pengawasan hujan dan pengelap cermin secara automatik mahupun manual.
Bagi mengimbangkan reka bentuk sedan ini, BMW 528i menggunakan tayar aloi yang lebih ringan dan rata yang mampu memberi kelebihan tersendiri.
Sesuai dengan rekabentuk serta kelebihan yang disediakan, harga BMW 528i di atas jalan (OTR) ialah RM449,800.00 tanpa insurans.
sumber: mStar Online

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...