25.7.11

Teknologi layar 3 dimensi


Teknologi layar 3 dimensi (3D) menjadi antara yang paling popular di kalangan perusahaan teknologi peranti digital, Toshiba menjadi antara syarikat pengeluar unggul yang tidak ketinggalan mengetengahkan inovasi terbarunya, iaitu komputer riba 3D pertama dunia kepada pengguna setia.

Pengeluar komputer riba tiga dimensi (3D), Division Toshiba Singapore Pte Ltd, baru-baru ini memperkenalkan komputer riba 3D pertama dunia bebas kaca mata yang bakal berada dalam tempatan awal Ogos nanti. 

Komputer riba 3D, Qosmio X770 dengan keupayaan memaparkan kandungan 2D dan 3D pada satu skrin dan pada masa sama, bagi satu pengalaman baru kepada pengguna yang ingin menonton kandungan 3D dalam satu Window serta dapat melayari internet dan maklumat lain dalam Window yang lain.

Qosmio X770 menggunakan teknologi 3D pertama dunia yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata ketika menonton video atau bermain permainan video mahupun melayari internet.

Toshiba Qosmio X770 telah direka khas sebagai komputer riba untuk permainan video dan multimedia dengan dua saiz berbeza iaitu 15 inci dan 17 inci . Kedua-dua produk terbaru siri Qosmio ini didatangkan dengan teknologi terbaru dan grafik yang luar biasa dengan pengalaman ekstrem permainan video menakjubkan.

Siri terbaru Qosmio X770 mempunyai bentuk yang sangat menarik dengan kasis hitam dengan kombinasi merah metalik pada papan kekuncinya, membuatkan Qosmio ini tampak begitu eksklusif dan bergaya.

Selain itu, komputer riba 3D pertama dunia ini turut didatangkan dengan sistem bunyi yang mengagumkan sesuai bagi permainan video dan tayangan video dengan pembesar suara Harman Kardon dan Dolby advanced Audio serta subwoofer bagi bunyi yang berkualiti seolah-olah di dalam pawagam ketika menonton video mahupun bermain permainan video.

Selain itu, Toshiba Qosmio X770 juga hadir dengan layar penuh definisi tinggi 1920-1080 mega piksel untuk perakam video 3D dan kamera web 3D dengan ciri baru TruBite HD untuk menghasilkan kualiti gambar dan video yang terbaik.

Di balik kasis yang besar, Qosmio disematkan dengan pemprosesan Intel generasi kedua Core i7 2630QM, memori RAM DDR3 sehingga 8GB dan mempunyai dua kapasiti ruang simpanan iaitu menggunakan 1TB HDD atau SSD. Manakala, bagi mengekalkan prestasi permainan video, Toshiba membawakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 560M.

Salah satu ciri terbaru dalam Qosmio ini adalah ‘face tracking', yang membenarkan kamera pada Qosmio untuk mengenal pasti kedudukan mata, setelah mengetahui kedudukan dan posisi mata pada jarak yang betul, serta-merta paparan 3D akan dimainkan. Face Tracking bertujuan memastikan tiada ada titik buta pada paparan atau video 3D yang ditonton.

sumber: Sinar Harian Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...