16.9.11

Penafian Jamil Khir tentang rumah mewah

Jamil Khir nafi guna wang zakat besarkan rumah

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di sini.

Beliau berkata, wang yang digunakan untuk mengubah suai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai ”politik terdesak”.

"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah.

"Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah,” katanya 

- Bernama


SPRM kenalah siasat perkara ini supaya yang tertuduh dan yang menuduh dapat menegakkan hujah masing-masing dengan landasan yang tepat.

Mungkin yang menuduh ada buktinya dan yang dituduh juga ada alasan yang kukuh untuk menolak segala tohmahan.

Penafian di akhbar sahaja tidak cukup kalau tidak dibuktikan dengan data yang lengkap beserta statistik pendapatan yang lengkap bagi menolak segala tuduhan dan membersihkan nama dari kemelut ini.


Inilah yang dikatakan rumah mewah Jamil Khir.

Imej : Google

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...