4.12.11

Kekuatan kewangan peribadi kita boleh berubah-ubah



Pinjaman: Tinjau dahulu keperluan, realiti ekonomi


Celik Kewangan

SAYA telah membeli dua buah kediaman masing-masing berusia enam dan sembilan tahun dan sehingga hari ini saya masih lagi membayar ansuran kepada bank.

Kenaikan kadar faedah kepada 3.00 peratus sekarang telah menyebabkan wang ansuran bagi kedua-dua kediaman naik berbanding sebelum ini. Soalan saya, adakah betul tindakan saya sekiranya mahu mengubah pembiayaan kepada perbankan Islam yang kadar pinjaman adalah tetap berbanding perbankan konvensional untuk mengelakkan pembayaran naik sekiranya kadar OPR dinaikkan sekiranya ekonomi sudah kembali stabil atau meneruskan pembiayaan semasa.

As, Dungun, Terengganu

KELEBIHAN utama pembiayaan rumah kadar tetap seperti Bai Bithaman Ajil (BBA) ialah ia melindungi anda daripada peningkatan ketara dalam bayaran bulanan yang berlaku secara tiba-tiba jika kadar keuntungan naik. Ini kerana pembiayaan kadar tetap tidak dipengaruhi oleh turun naik Kadar Pembiayaan Asas (BFR). Malah, bayaran bulanan kekal sama dan ini membantu anda menguruskan belanjawan bulanan dari segi jumlah mutlak yang perlu dibayar. Di samping itu, sesetengah bank menawarkan pembiayaan rumah BBA kadar terapung yang mempunyai kadar had atau bumbung. Kelemahan pembiayaan rumah kadar tetap ialah apabila kadar keuntungan tinggi, adalah lebih sukar untuk mendapatkan pembiayaan kerana bayaran bulanan bukan lagi satu jumlah yang termampu.

Dalam keadaan di mana kadar keuntungan telah ditetapkan, jumlah untung yang anda bayar bergantung pada tempoh pembiayaan. Lebih lama tempoh pembiayaan, lebih rendah bayaran bulanan. Bagaimanapun, kesan bayaran ansuran yang rendah ialah kos keseluruhan yang jauh lebih tinggi kerana dalam tempoh tambahan yang diambil, bayaran digunakan terutamanya untuk menjelaskan kadar untung. Bagi pembiayaan jangka pendek, bayaran bulanan lebih tinggi kerana jumlah pokok dijelaskan dalam tempoh yang lebih singkat. Di samping itu, pembiayaan jangka pendek menawarkan kadar untung lebih rendah, yang membolehkan jumlah wang pokok lebih besar dijelaskan dengan setiap pembayaran. Justeru, secara keseluruhan, pembiayaan jangka pendek mempunyai kos lebih rendah.

Pembiayaan rumah kadar terapung Islam seperti Ijarah atau pembiayaan rumah pajakan menawarkan alternatif sebenar kepada pinjaman rumah kadar terapung konvensional. OCBC Al-Amin adalah antara beberapa Bank Islam yang menawarkan kadar pembiayaan kadar terapung dengan kadar untung asal lebih rendah berbanding pembiayaan perumahan kadar tetap.

Kadar untung awal ditetapkan di bawah kadar pasaran bagi pembiayaan kadar tetap, dan kadarnya meningkat mengikut masa. Jika pembiayaan dipegang cukup lama, kadar untung akan mengatasi kadar pembiayaan tetap. Kaedah ini bukan sahaja membolehkan anda mendapatkan jumlah pembiayaan lebih tinggi, tetapi juga memanfaatkan kadar untung lebih rendah (dan bayaran bulanan lebih rendah) dalam persekitaran kadar untung yang menurun, tanpa memerlukan pembiayaan semula.

Dalam pada itu, walaupun pembiayaan perumahan kadar tetap lebih menjimatkan kos dan berpatutan berbanding pembiayaan rumah kadar tetap, anda juga perlu mampu membuat pembayaran yang lebih tinggi jika berlaku peningkatan kadar untung. Walaupun pembiayaan kadar terapung mungkin bukan pilihan yang sesuai untuk semua, ia boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan penjimatan kewangan.

Secara ringkasnya, apabila memilih skim pembiayaan rumah, anda perlu meninjau keperluan dan mengimbanginya dengan realiti ekonomi pasaran yang sentiasa berubah. Kekuatan kewangan peribadi kita boleh berubah-ubah, manakala kadar untung akan sentiasa turun naik. Untuk meletakkan pemilihan pembiayaan dalam konteks yang sewajarnya, pertimbangkan soalan berikut:

Berapakah ansuran bulanan yang mampu anda bayar hari ini?

Adakah anda masih mampu membuat pembayaran bulanan jika kadar untung meningkat?

Berapa lama tempoh pembiayaan yang dikehendaki?

Apakah hala tuju kadar untung dan adakah anda meramalkan trend akan berterusan?

Kadar pembiayaan tetap adalah pilihan yang baik jika bayaran rendah dalam jangka pendek menjadi keutamaan anda. Jika kadar faedah tinggi dan dijangka menurun, pembiayaan kadar terapung akan memastikan anda boleh menikmati kadar lebih rendah tanpa pembiayaan semula. Jika kadar faedah sedang meningkat atau sekiranya bayaran tetap yang boleh ditentukan menjadi keutamaan anda, skim pembiayaan kadar tetap mungkin cara yang terbaik.

sumber: Utusan Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...