29.9.12

Bajet 2013 pada pandangan Symantec

Gambar logo Symantec dari Google.

Symantec: Bajet 2013 tepati keperluan ekonomi
29 September 2012


$entry.content.caption.value

KUALA LUMPUR - Symantec menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai tepat pada masanya dalam memenuhi keperluan pelbagai ekonomi Malaysia yang cepat berkembang dan demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

"Dilihat pada gelombang perubahan ekonomi global yang kian meningkat, kami percaya Belanjawan 2013 akan memainkan peranan penting dalam memacukan pertumbuhan kukuh, produktiviti negara mapan dan ekonomi.

"Kami akan terus melabur di Malaysia tahun depan, berkongsi pengetahuan dan meneruskan kerjasama dengan kerajaan memandangkan negara begitu mengharapkan sasaran pertumbuhan ekonomi 4.5 hingga 5.5 peratus tahun depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Symantec turut mengalu-alukan peruntukan RM30 juta untuk merangsangkan pelaksanaan pelan Induk IKS yang baharu sahaja diperkenalkan, yang antaranya, menetapkan sasaran tinggi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

"Inisiatif ini memang sesuai dengan masanya untuk mengembangkan IKS Malaysia dan memastikan yang mereka akan kekal berdaya tahan walaupun dalam masa ekonomi yang sukar," tambahnya.

Bagaimanapun, Symantec, peneraju rumusan keselamatan internet berkata, jenayah siber tidak termasuk dalam empat bidang jenayah utama yang kerajaan rancang untuk kurangkan dengan peruntukan RM591 juta dalam tahun 2013.

"Dengan meningkatnya jenayah siber pada 81 peratus dalam serangan siber pada 2011, dan kos jenayah siber pengguna bernilai AS$110 bilion seluruh dunia, inilah bidang utama yang perlu kerajaan ambil perhatian," tambahnya.

 - Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...