Iklan Nuff

12.10.12

ATM ke final Piala Malaysia


Piala Malaysia: ATM mara ke final
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
11 Oktober 2012


Piala Malaysia

PENANTIAN selama 46 tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Dengan kemenangan ini, ATM bakal bertemu sama ada Selangor atau Kelantan, yang akan beraksi di Shah Alam, malam esok.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Hai-0. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan tuan rumah terus mengatur strategi dan melakukan serangan namun percubaan Christie Jayaselan berjaya ditepis oleh Izwan Mahbud pada minit ke-12.

Pada minit ke-14, ATM sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Marlon Alex James sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan tuan rumah, pasukan pelawat melakukan serangan balas. Namun percubaan pemain Lions XII berjaya didakap kemas oleh Farizal Harun pada minit ke-20.

Keghairahan pelawat dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila hantaran menarik Shahril Ishak berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Agu Casmir pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Marlon hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan berjaya didakap kemas oleh Izwan pada minit ke-73.

ATM sekali lagi hampir menyamakan kedudukan. Pun begitu tendangan Bruno Marteloto pada minit ke-75 sedikit tersasar ke tepi tiang gol.

Berbaki minit-minit terakhir, ATM masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat menafikan hasrat The Army untuk menyamakan kedudukan.

Beraksi di hadapan 11,000 penonton di gelanggang sendiri, ATM bagai dirasuk apabila serangan demi serangan, akhirnya gol penyamaan tuan rumah terhasil setelah tandukan Marlon pada minit ke-96 berjaya menewaskan penjaga gol Lions XII, Izwan.

Setelah kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2, perlawanan diteruskan dengan masa tambahan

Dilihat mendapat semangat dari gol pertama, anak didik Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Lions XII.

Lions XII terus dihimpit tekanan apabila pemainnya, Isa Halim terpaksa keluar dari padang kerana dilayangkan kad merah.

Dalam pada itu, kegagalan Baihakki untuk menyudahkan sepakan penalti akhirnya memberi kemenangan kepada ATM untuk aksi di final 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

sumber : Sinar Harian

Akhirnya penantian selama 46 tahun untuk ATM beraksi di final Piala Malaysia. Saingannya di pentas akhir adalah penentuan antara pasukan Selangor dan Kelantan malam esok.

Tahniah, ATM!

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...