Iklan Nuff

16.10.12

Red Warriors atau ATM?





Penentuan ke final telah pun diketahui yang mana akhirnya buat pertama kali dalam masa 46 tahun ATM melangkah ke final Piala Malaysia setelah menundukkan Lions XII dari Singapura dengan penentuan sepakan penalti 5-4.

'Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjuang berhabis-habisan bagi membawa pulang Piala Malaysia, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata tiada yang mustahil bagi ATM untuk menjuarai piala berprestijitu musim ini, selepas penantian selama 46 tahun.

"Kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi final Piala Malaysia dan sayatidak mempunyai keraguan langsung di atas semangat serta iltizam pasukan bolasepak ATM untuk menjuarai kejohanan Piala Malaysia ini. Mereka akan berjuangberhabis-habisan," katanya di sini hari ini.'
Dipetik dari mStar Online.

'Timbalan Presiden kelate.net, Mahizi Mahmood memberitahu, Red Warriors berada pada landasan tepat untuk melakar sejarah baharu bola sepak di negeri ini dengan meraih tiga piala dalam satu musim.

"Inilah peluang terbaik untuk mencipta sejarah dengan meraih tiga piala buat kali pertama.

"Saya yakin dan percaya dengan kekuatan yang ada kita mampu melakukannya.

"Bagaimanapun keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dipertikaikan. Jadi saya berharap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

"Kami selaku pemain ke-12 akan membanjiri stadium bagi meniup semangat kepada pemain untuk mencipta sejarah tersebut," tegasnya.'
Dipetik dari Utusan

Begitulah keyakinan kedua-dua pasukan yang akan berentap di pentas final Sabtu ini. Di atas kertas dan secara taktikalnya masing-masing mempunyai senjata yang tersendiri untuk menang namun bola bulat, apa-apa boleh terjadi semasa aksi selama 90 minit di padang Stadium Shah Alam.

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...