7.10.12

Mohd Ezmi beransur pulih


Gambar Mohd Ezmi sebelum dan selepas diserang barah hidung. (gambar dari Sinar Harian)



Berita baik yang mahu didengar oleh para peminat bole sepak Selangor dan juga kita semua yang bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung oleh bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mohd Jan akibat diserang barah hidung mula menunjukkan perubahan yang positif, sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online hari ini.


Sokongan yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan-rakan serta orang ramai yang prihatin dengan penderitaan yang dialami beliau sedikit sebanyak dapat membantunya untuk tidak berputus asa dan terus bersemangat untuk meneruskan hidup seperti sediakala, InsyaAllah.

Pelbagai cara dan ikhtiar perubatan telah dijalani beliau dengan dokongan ahli keluarga akhirnya membuahkan hasil dengan rawatan yang dijalankan secara tradisional Islam selama tiga minggu di Felda Gedangsa. 

Adalah diharapkan Ezmi akan pulih seperti biasa dengan diiringi usaha yang berterusan dan juga doa dari semua rakyat Malaysia.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...