8.10.12

Pekerja Islam di premis jual arak



Apa yang saya hendak tulis ini ada kaitannya dengan gambar yang diolah oleh I luv Islam berkenaan arak. Poster tersebut adalah intipati dari hadis berikut,

Sesungguhnya Allah melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu berdasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahehkannya oleh Syaikh Albani didalam “saheh Jamik Saghir (2/907))

Sepintas lalu memang jelas tentang hukum arak terhadap orang Islam. Namun yang menjadi persoalannya bila ada premis perniagaan yang beroperasi 24 jam menjual arak yang para pekerjanya anak-anak muda Islam. Untuk mendapat hukum yang jelas saya petik perkara tersebut dari blog Ibnu Muslim, seperti berikut,

BEKERJA DI PASARAYA /KEDAI YANG ADA MENJUAL ARAK
Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;
“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;
“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال : هم سواء
رواه مسلم

Maksudnya;
“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Sungguh malang sekali apa yang menimpa anak-anak Islam kita yang terinaya dengan fenomena begitu yang sepatutnya tidak dijual kerana premis perniagaan tersebut berada di kawasan majoriti umat Islam. Lihat gambar di bawah di mana botol-botol arak bercampur dengan minuman botol yang lain, sungguh menghinakan.

Lihat, botol-botol arak, satu peti ais dengan minuman halal yang lain. ( sumber : Google)

Jadi apa tindakan kita? Yang meluluskan lesen perlu prihatin dan memantau perkara ini kerana fikirkanlah nasib anak-anak Islam, jangan fikirkan untung sahaja, maruah Islam kita gadaikan.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...