Iklan Nuff

12.12.12

Exora dan Preve guna enjin teknologi F1 Petronas

Sekadar gambar hiasan. (Imej: Google)

PROTON guna enjin F1 PETRONAS tahun depan
2012/12/12
Oleh Ahmad Farizal Hajat
Hee Huing (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Abdul Rashid sambil disaksikan Dr Mahathir, Mohd Khamil serta Naib Presiden Pengerang Kompleks Bersepadu, Juniwati Hussin, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Salhani IbrahimPandu uji Exora guna E01 beri keputusan positif
PROTON Holdings Bhd akan memasarkan keretanya yang menggunakan enjin E01 yang dimajukan PETRONAS bermula Julai tahun depan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata pada masa ini, pandu uji Exora yang menggunakan yang memiliki teknologi dan kemampuan setara dengan enjin kereta terbaik dunia itu sudah dilaksanakan serta menghasilkan keputusan positif.


Enjin berkenaan juga boleh digunakan bagi menggantikan enjin Toyota yang kini digunakan pada kereta Lotus kerana ia menepati spesifikasi Euro 5," Mohd Khamil Jamil, Pengerusi PROTON Holdings
“Berikutan (hasil pandu uji) itu, PROTON Holdings akan memasang enjin berkenaan pada Exora serta Preve sebagai peringkat permulaan, sebelum dipasang pada model yang baru pada masa depan.

Lebih ringan

“Kami mungkin menggunakan versi enjin turbo 2.0 liter atau 2.2 liter pada model besar berikutan keupayaan enjinnya yang lebih baik, lebih ringan, jimat minyak dan mesra alam.

“Enjin berkenaan juga boleh digunakan bagi menggantikan enjin Toyota yang kini digunakan pada kereta Lotus kerana ia menepati spesifikasi Euro 5,” katanya kepada media selepas majlis pemeteraian perjanjian antara PROTON Holdings dan PETRONAS di Kuala Lumpur. semalam.
Di bawah perjanjian, PROTON Holdings membeli hak intelek enjin E01 itu bersama dengan teknologi dan aset yang berkaitan dengannya pada harga RM63 juta.

Mempelbagai varian

Pada majlis itu, PROTON Holdings diwakili Ketua Bahagian Operasi Teknikalnya, Abdul Rashid Muda, manakala PETRONAS oleh Naib Presiden Teknologi dan Kejuruteraannya, Dr Colin Wong Hee Huing. Ia disaksikan Penasihat PETRONAS dan PROTON Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Khamil berkata, pembelian enjin E01 itu akan mempelbagaikan dan melengkapkan varian model enjin PROTON Holdings yang kini bergantung kepada tiga rangkaian enjin Campro iaitu Campro CPS, Campro IAFM dan Campro CFE.

“PROTON Holdings dan PETRONAS mula bekerjasama meneroka pembangunan teknologi enjin itu pada 1996. Justeru, sudah tiba masanya untuk kami mengambilalihnya selepas syarikat minyak kebangsaan itu memutuskan untuk menarik diri sepenuhnya dari aktiviti pembangunan enjin pada 2010,” katanya sambil menambah pembelian enjin berkenaan turut membabitkan pengambilalihan tujuh varian teknologi enjin yang mempunyai 117 paten.

Berikutan pembelian itu juga, PROTON Holdings kata Mohd Khamil, kini sudah bersedia menjadi antara pembekal enjin bebas utama dunia, selain menjalin usaha sama dengan syarikat kereta atau pengeluar peralatan tulen (OEM) yang mahu menggunakan enjin berkenaan.

E01, adalah enjin yang dibangunkan hasil pembabitan PETRONAS dalam Formula 1 sejak menjadi penaja utama Pasukan Sauber Petronas pada 1995.

Ia dibangunkan dan direka bentuk sekumpulan 16 jurutera tempatan mengikut piawaian tertinggi dalam arena automotif, menepati teknologi tercanggih agar mudah ditingkatkan sesuai teknologi masa depan.

sumber : BH

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...