Iklan Nuff

12.12.12

Gajet Samsung menguasai pasaran dunia

Sekadar gambar hiasan. (Imej: Google)

Samsung gajet paling popular
2012/12/12



Samsung dan Apple menjadi pengeluar gajet terkemuka duniaLondon: Dalam segmen yang dijuarai Samsung, tumpuan berita mengenai peranti dan teknologi pada 2012 turut menyentuh mengenai kehilangan penguasaan Nokia sebagai peneraju pengeluar telefon bimbit dunia.

Turut menjadi tumpuan ialah pengeluar perisian, Microsoft yang melancarkan sistem operasi (OS) terbarunya Windows 8 manakala Apple pula melancarkan iPhone 5 pada September.

Bagaimanapun, arah aliran berita teknologi yang paling menjadi tumpuan pada 2012 ialah kedudukan Samsung Galaxy S III yang paling memberi impak kepada pasaran sejak ia dilancarkan.


Google pula menjadi tumpuan apabila sering dipaparkan sebagai tajuk berita utama tahun ini, menerusi pengenalan OS Android baru. Google bekerjasama dengan pengeluar terkemuka, LG dan Samsung untuk mengembangkan telefon pintar Nexus dan barisan tabletnya.

Google juga mendapat perhatian dengan program realiti maya dikenali, Projek Kaca yang akan berada di pasaran menjelang 2014.

Samsung, jenama dari Korea Selatan menambah ciri utama inovasi iaitu arahan suara, pengesanan mata kepada Galaxy S III (yang turut mengeluarkan versi mini) dan Galaxy Note II. Samsung juga mengatasi Nokia sebagai peneraju dalam penghantaran telefon bimbit.

Windows 8 yang dinaik taraf untuk memenuhi kehendak era baru skrin sentuh, menjadi taruhan buat Microsoft untuk berdepan dengan saingan pasaran yang lebih tertumpu kepada pemuka baru. Microsoft juga mengeluarkan barisan tablet dengan pelancaran Surface RT.
Tahun 2012 menjadi pemangkin untuk menyerlahkan lagi hakikat bahawa tablet kini di ambang untuk menggantikan komputer peribadi (PC) tradisional di dalam kebanyakan isi rumah bagi kegunaan harian seperti menonton video atau melayari laman web.

Sehubungan itu, kedua-dua pemain utama dan syarikat kecil melancarkan beberapa unit peranti itu, yang mana Apple menaiktaraf barisan iPad sebanyak dua kali tahun ini serta turut melancarkan mini iPad, Google memperkenalkan Nexus 7 dan 10, Samsung pula menaiktaraf barisan Galaxy Tab dan Note. - AFP

sumber : BH

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...