18.12.12

Jom bayar zakat pendapatan


Zakat Pendapatan

Bagaimanakah cara pengiraan zakat pendapatan?

Sila rujuk link berikut - Contoh


Mengapa terdapatnya perbezaan taksiran zakat pendapatan antara negeri-negeri?

Fatwa zakat pendapatan telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sebarang persoalan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.


Adakah jumlah tolakan diri sebanyak RM9000 sahaja. Apakah sandaran jumlah tolakan ini?

Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU). Walau bagaimanapun tolakan boleh dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia termasuk didalam perbelanjaan asasi.


Bagaimana berlakunya kekeliruan dalam pengiraan zakat pendapatan di sesetengah tempat?

Sila hubungi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) untuk dapatkan penjelasan.


Bagaimana dikenakan zakat pendapatan walhal setiap bulan gaji habis dibelanjakan?

Sebab itu dinamakan zakat pendapatan dan bukannya zakat perbelanjaan. Zakat pendapatan dikira semua sumber yang diperolehi dalam setahun.


Wang pampasan yang diterima perlu tunggu setahun atau terus baru dibuat bayaran setelah diterima?

Wang pampasan yang diterima wajib zakatnya setelah genap setahun penerimaannya. Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan sekiranya dikeluarkan zakatnya pada masa penerimaan.


Perbezaan zakat pendapatan dan zakat fitrah?

Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Manakala zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan.


Apakah tolakan-tolakan yang dibenarkan dalam pengiraan zakat pendapatan?

Perkara-perkara yang dibolehkan ditolak adalah perbelanjaan diri, isteri, anak-anak, ibubapa, caruman KWSP, simpanan di Tabung Haji.

sumber : PPZ

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...