2.12.12

Pihak berkuasa juga yang menang

Akhirnya dirobohkan



BEBERAPA buah jengkaut digunakan oleh pihak berkuasa untuk merobohkan rumah milik Luo Baogen yang terletak di tengah-tengah jalan di pinggir bandar Wenling, wilayah Zhejiang, China, semalam. - AGENSI


SATU-SATUNYA rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah jalan raya yang baru dibina di Zhejiang, China dan menjadi simbol penentangan terhadap pembayaran pampasan tidak adil oleh kerajaan, akhirnya diruntuhkan.

Rumah yang terletak di pinggir bandar Wenling itu mendapat perhatian selepas pemiliknya seorang penternak itik, Luo Baogen enggan menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan kerana berpendapat jumlah itu tidak cukup untuk membina rumah baharunya.

Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan rumah tersebut semalam, selepas Baogen menerima pampasan berjumlah 260,000 yuan (RM127,100).

Langgan akhbar digital Mingguan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121202/lu_02/Akhirnya-dirobohkan#ixzz2DrFwUcQG
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...