22.12.12

Telefon pintar terbaru Huawei

Sekadar gambar hiasan. (Imej : Google)

Huawei perkenal tiga telefon pintar
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Disember 2012


Wong Wey Hwa (tengah) dan Pengarah Midland Network, Ahmad Khalid (tiga, kanan) ketika majlis pelancaran tiga model terbaru siri Ascend, di Kuala Lumpur, semalam.

PEMBEKAL maklumat dan teknologi komunikasi (ICT), Huawei Technologies Sdn Bhd yakin untuk menjual lebih 5,000 unit telefon pintar sebulan serentak pelancaran tiga model terbaru menerusi jenama Ascend iaitu D1 Quad, G600 dan G330, semalam.

Pengarah Bahagian Kumpulan Perniagaan Pengguna Malaysia, Wong Wey Hwa berkata, melalui sasaran itu, syarikat juga optimis meningkatkan 10 peratus nilai penguasaan pasaran berikutan potensi pasaran tempatan yang besar.

Menurutnya, permintaan untuk telefon pintar semakin meningkat di mana pada ketika ini lebih lapan juta telefon pintar digunakan di negara ini.

“Malaysia mempunyai pasaran yang memberangsangkan dan berdaya saing. Dengan pengenalan model terbaru ini, kami yakin dapat membina jenama dengan lebih kukuh pada masa akan datang.

“Kehadiran tiga model baru ini juga sekali gus melengkapkan lima model dalam jenama Ascend,” katanya selepas majlis pelancaran sempena kempen pengaktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ di Kuala Lumpur.

Tampil dengan beberapa ciri menarik seperti penggunaan skrin sentuh dan pemproses Android 4.0 Ice Cream Sandwich, telefon pintar Huawei terbaru ini juga bersedia digunakan untuk
evolusi jangka panjang (LTE) atau 4G LTE.

Pada majlis sama, Huawei turut mengumumkan perkongsiannya bersama Midland Network Sdn Bhd sebagai pengedar Huawei yang sah.

Peranti terbaru ini kini boleh didapati di pasaran Lembah Klang bermula semalam dan pasaran lain tidak lama lagi pada harga RM1,239 untuk D1 Quad, RM799 untuk G600 dan RM599 untuk G3330.

sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...