26.3.14

MH370 : Bersatu rungkai misteri

Bersatu rungkai misteri MH370
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mac 2014



SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan kru MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun rumusan ini dikatakan muktamad, penyiasatan yang lebih meluas akan membawa negara ini ke babak yang lebih mencabar berikutan persoalan yang lebih berat terpaksa dirungkai mengenai tragedi ini.

"Kami bersama seluruh ahli keluarga Mapim mendoakan agar mereka tabah dan sabar menerima musibah ini dan kepada warga petugas MAS kami juga menyampaikan solidariti agar tragedi ini memberi pengajaran dan ketabahan seluruh kakitangan syarikat penerbangan itu untuk meneruskan tugas sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

"Penyiasatan yang tepat dan telus perlu dibuat dan semua pihak perlu bersepakat mencari penyelesaian kepada krisis yang berat ini.

"Sebagai sebuah negara yang bermaruah, kita harus bersatu dan bersikap jujur untuk bersama-sama merungkai misteri dalam satu krisis paling besar dalam sejarah aviasi negara khususnya dan dunia amnya," katanya lagi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/bersatu-rungkai-misteri-mh370-1.264112

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...