16.3.14

MH370 tidak mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia

MH370 tidak mendarat di Diego Garcia
16 Mac 2014

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.

"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan," katanya. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/mh370-tidak-mendarat-di-diego-garcia-1.260733

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...