15.3.14

Status penerima BR1M dalam semakan akan diketahui minggu depan


Status 1.7j pemohon BR1M diketahui minggu depan

Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang masih dalam senarai semakan akan mengetahui status permohonan mereka minggu depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Bermula minggu depan pemohon akan menerima surat sama ada permohonan mereka lulus atau tidak. Pemohon yang tidak lulus akan diberi peluang untuk memohon rayuan kepada pihak LHDN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemohon yang tidak layak boleh membuat rayuan dengan merujuk ke laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau terus ke pejabat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, LHDN turut melakukan semakan ke atas 500,000 pemohon bagi BR1M 2.0 yang berakhir hari ini.

Ahmad Husni berkata LHDN menjalankan proses semakan berikutan pelbagai masalah timbul membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

- Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...