17.4.14

Tandas masjid jadi sasaran

Perkara ini biasa saya lihat di mana-mana masjid pun, pintu tandas yang sentiasa menjadi sasaran manusia yang tidak siuman kerana menjadikan pintu tandas sebagai mangsa melepaskan ketidaksiuman mereka.




Tengoklah dua gambar di atas di mana pintu tandas dijadikan mangsa untuk melepaskan ketidaksiuman mereka dengan menulis berbagai kata nista dan umpat keji malah ada pintu yang ditebuk dan dicucuh dengan api sehingga berlubang. Apa ke jadahnya sehingga benda Allah yang tidak berdosa itu menjadi sasaran vandalisme mereka yang tidak siuman.

Penat-penatlah pak siak masjid pasang pintu baru kerana tidak lama lepas tu perkara sama berulang, berulang untuk kesekian kalinya sehingga pak siak pun angkat tangan. Selain diconteng dan ditebuk yang lebih malang lagi ialah kunci pintu sering dicabut dan dirosakkan sehingga pecah dan tidaklah dapat lagi berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Jika kita hendak buang air besar memanglah masalah besar.

Mengapalah pintu yang tidak berdosa itu menjadi mangsa ketidaksiuman kita kerana ada banyak cara lain untuk kita melepaskan perasaan itu seperti di rumah kita sendiri agar ianya tidak menyusahkan orang lain selain kita dan keluarga kita sahaja. Berilah peluang untuk orang lain beribadat dengan tenang agar tidaklah nanti kita dipersoalkan peranan kita menghalang untuk orang lain beribadah di rumah Allah SWT dengan selesa dan kusyuk.

1 comment:

Anonymous said...

memang mana mana masjid pun kena dgn manusia tak bermoral tu

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...