10.4.14

Isu MH370 dan catuan air di Lembah Klang sepintas lalu



Beberapa isu panas sejak kebelakangan ini yang mendominasi di dada-dada akhbar mahupun rangkaian sosial juga di kaca televisyen ialah misteri kehilangan pesawat MH370 dan program catuan air terutamanya di Lembah Kelang.



Pencarian pesawat MH370 diteruskan pada hari ke 32 dengan aset dari beberapa negara yang sedia membantu terutama Australia yang kini agak terkedepan daripada negara-negara lain yang sanggup memberikan komitmen yang tinggi bagi mengesan jejak pesawat MAS di Lautan Hindi yang agak terpencil dan di luar dari laluan utama miritim antarabangsa. Kos yang ditanggung oleh beberapa negara yang menyertai misi mencari dan menyelamat MH370 sudah menjangkau ratusan juta ringgit dan jumlah itu akan terus bertambah sehinggalah kotak hitam pesawat dapat ditentukan arah kedudukannya bagi menemukan secara sahih bangkai pesawat MH370 itu.

Kerajaan Malaysia tidak sekali-kali akan memberhentikan operasi mencari tersebut walau bagai mana sukar rintangan yang terpaksa diharungi dan walau berapa jumlah kos yang akan ditanggung kerana yang menjadi keutamaan ialah menemukan MH370 samada baik atau buruk nasibnya.

Rakyat Malaysia sentiasa berdoa dan berharap usaha-usaha yang dilakukan kini dapat membuahkan hasil kepada penemuan MH370 yang kalau boleh semuanya yang berada dalam penerbangan itu selamat dan semua para penumpang dan warga kru pesawat selamat kembali ke pangkuan insan-insan yang sedia menunggu masing-masing.

Masalah catuan air di Lembah Kelang juga menjadi isu yang agak panas kerana semuanya panas kerana ketiadaan air untuk menjalani kehidupan normal sebagai warga yang membayar segala perkhidmatan yang digunakan samada sedikit atau banyak kerana air, elektrik dan telefon menjadi perkhidmatan yang utama yang perlu ada di setiap rumah tanpa mengira status dan kedudukan. Catuan dibuat oleh pihak pembekal air kerana simpanan air di loji rawatan sangat sedikit akibat cuaca panas melanda Semenanjung Malaysia.

Pagi semalam cataun air mula dilonggarkan kerana tadahan air di beberapa empangan sudah bertambah namun bukanlah lagi masanya kita sebagai pengguna yang menggunakan air secara berkala pada setiap hari perlulah berjimat dan gunakan air secara optimum kerana membazir itu amalan syaitan.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...